untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, December 27, 2010

peace of palestine

antara keagungan Bangsa yang mengaku diri mereka adalah anugerah Tuhan untuk memimpin umat akhir zaman dimana sudah nyata akan ketidakmampuan mereka untuk memenuhi inspirasi agama itu. sudah jelas Bahawa pengaruh keBangsaan yang diserap melalui parti2 Baath rupanya sekadar cita cita politik murahan yang dicipta atas nama perpaduan Bangsa yang dikongkong oleh sempadan2 politik kenegaraan yang memisahkan sesama ummah.


SABTU 1 JANUARI 2011
Forum Baitul Muslim.

Tempat : Masjid Manipal Atau Interact (akan dimaklum kemudian)
Waktu : 2 petang

Tentatif :

2.00 : Majlis bermula..
- Kata Alu-aluan
- Bacaan Al Quran
2.15 : Forum Baitul Muslim
- Fiqh Ikhtilat (Cinta dan Dakwah)
- Pelaksanaan Baitul Muslim
- Pembinaan Keluarga Muslim
- Sesi Q & A
4.15 : Tamat


SABTU MALAM

*Tayangan @ ceramah (akan dimaklum kemudian juga)


AHAD 2 JANUARI 2011

8.30 : Pameran
9.00 : Kuiz (under Amin)
10.15 : Majlis Bermula
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan EN PM
- Bacaan Al Quran dan Terjemahan
10.30 : Forum POP
12.00 : Penyampaian hadiah.
12.20 : Makan!

Saya kongsikan kata kata seorang sahaBat saya dilama faceBuk. harapnya Beliau memBenarkan saya untuk copy kata kata ini. andai tidak moga Allah Balasnya dengan pahala2 Berkali ganda. :

>Ada sesetengah orang yang mempersoalkan kenapa kita bersungguh-sungguh menyibukkan diri dengan hal ehwal Palestin sedangkan bangsa Arab sendiri tidak pernah bersatu dan ambil peduli. Jawapan kepada persoalan ini ialah, isu Palestin bukan semata-mata isu bangsa malah lebih daripada itu. Mempertahankan al-Aqsa ialah isu aqidah! Mahukah ...kiblat pertama umat Islam dirampas oleh bangsa Yahudi? Gaza pula merupakan tempat kelahiran Imam Shafii yang mana mazhabnya menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Perebutan Baitul Maqdis oleh 3 Agama

Sejak bertahun-tahun lamanya, Baitul Maqdis menjadi rebutan tiga agama di dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Perebutan ini terus berlaku sehingga kini. Yahudi dan Kristian bercita-cita untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai tempat suci mereka. Manakala Islam ingin mempertahankan Baitul Maqdis kerana ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Kedudukan Palestin sangat strategik kerana terletak di antara Timur dan Barat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa, mana-mana kuasa yang menguasai Baitul Maqdis dan Palestin, akan menguasai dunia. Jadi, kita tidak boleh membiarkan Israel (Yahudi) menguasai Baitul Maqdis dan Palestin.
Bangsa Arab dipandang mulia kerana Islam. Tapi lihatlah mereka selepas hilangnya ‘Nur Islam’ dalam kehidupan mereka setelah ketiadaan khalifah. Sama-sama kita renungkan.
jom g POP<

maaf yer. copy tanpa keijinan

No comments: