alhamdulillah. saya telah pun mengupdatekan blog ini bersesuaian dengan keadaaan semasa. saya cuba untuk mempelbagaikan cita rasa saya dalam pembacaan bersesuaian dengan kerjaya dan minat saya. antara penambahbaikannya:
1. pada sebelah kiri, saya tambahkan lagi koleksi laman web atau portal news yangs aya amat suka untuk kunjungi sebagai alternative news kepada minda saya dan sahabat yang berkunjung ke blog ini. anda boleh melihat antaranya yang jarang2 kita jumpai termasuklah malaysian digest, free malaysian today selain dari malaysian today,merdeka review, the nutgraph. antaranya ia adalah olahan anak2 generasi muda malaysia tanpa mengira kaum dan agama. saya suka mengikuti artikel2 yang disediakan oleh penulis2 generasi baru dimalaysia selain dari media utama kerana ia membawa minda saya untuk menilai dan berfikir tentang kemana hala tuju generasi baru anak muda selepas hampir 50 tahun merdeka.
2. saya juga telah mengupdate dengan meletakkan link medical society. bertepatan dengan kerjaya saya sebagai pelajar perubatan, saya memilih untuk memperbanyakkan pembacaan yang ada kaitan langsung mahupun tidak langsung dengan medical world. antara yang saya tambah adalah laman PPIM dan PAPISMA. insya Allah bila dah graduate nanti bolehlah saya pilih untuk join mana mana. tapi banyak program2 yang boleh dikongsikan dalam laman berkenaan. selain itu, saya suka membuka laman malaysian medical resources (MMR) kerana menghimpunkan artikel2, journal2 berkaitan medic, blog2 dr perubatan, link kepada specialist society, pengalaman2 dr yang pernah berkhidmat dimana mana hospital daerah.
3. saya tambahkan juga link kepada penulis blog alternatif rakyat. minat saya untuk membaca perihal politikl dan analisis semasa di malaysia. cukuplah setakat ini penjelasan saya. undi adalah rahsia. :)
4.dan tidak lupa laman2 sahabat seperjuangan yang banyak memberi ilham kepada minda saya dalam emmahami erti hidup. membaca dan memahami adalah berlainan. yang penting berfikir itu. moga minda saya tidak tumpul lagi. antara yang menarik minat saya adalah dari blog rausyanfikir, jalan telawi (ianya ada unsur liberalism ok) ,menulis bukan kerana nama,serambi ilmu dan amin ahmad. mereka ini ada pandangan kritis tersendiri. mereka memilih jalan yang cukup berlainan dari segi penyampaian dan dakwah mereka. namun cukup untuk saya katakan, mereka anak muda yang berani dan mempunyai ilmu yang cukup tinggi dalam bidang masing2. cukuplah bagi diri saya sekadar mampu membaca karya mereka yang indah sebagai santapan minda saya. medicine ni pun tak mampu lagi saya kerjakan. moga Allah memberi kekuatan kepada saya.
5. saya masih mengekalkan pautan blog2 islam. sebagai bahan terpenting tatkala saya memerlukan dorongan dan nasihat serta panduan dalam hidup ini.sekadar itu yang lebih hampir bagi diri ini sepanjang hampir 24 tahun hidup dimuka ini. lebih kepada pemikiran Al Azhar gitu. teringat kitab al azhar yang dipelajari semasa menengah rendah.
apapun saya menerima nasihat yang cukup hebat. masa muda inilah untuk menambah ilmu sedalam dalamnya. insya Allah, medicine akan saya teruskan perjuangan ini, namun sebagai seorng remaja, anak muda malaysia, cinta kepada Tuhan, dan nabinya, pencinta tanah air tercinta ini, jangan dilupakan ilmu asas demokrasi dan perkembangan minda. insya ALLAH moga ianya akan seiringan. selamat memtelaah ilmu dimuka bumi ini.
wassalam
No comments:
Post a Comment