untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, December 31, 2010

kronologi penting pembentukan negara haram Israel

alhamdulillah. hari ini sempat membuat sedikit research tentang kronologi pembentukan negara haram Israel. say mulakan dari awal 1517 selepas masihi.

1517 A.D. : palestin terletak dibawah pemerintahan kerajaan islam ottoman

1897 : kongres zionist pertama di Basle, Switzerland : mengeluarkan program Basle iaitu cita cita untuk menjajah palestin

1904 : Kongres zionist ke-4 ; sebuah negara israel di argentina

1906 : kongres zionist ; sebuah negara israel merdeka di bumi palestin

1914 : perang dunia pertama ; britain berjanji untuk membebaskan negAra arab dari pemerintahan ottoman termasuklah palestin. pemimpin masyarakat arab menyokong britain untuk melawan kerajaan ottoman

1916 : britain dan perancis menandatangani perjanjian Sykes-Picot. antara kandungan Perjanjian adalah membahagikan negara arab mengikut zon
lebanon dan syria: perancis
jordan dan iraq: britain
palestin: hak antarabangsa

1917 : Deklerasi Balfour pada 2 november.
surat kepada pemimpin zionist british: dari setiusaha luar Arthur J. Balfour; pembentukan sebuah negara israel di palestin

1918 : permulaan berakhirnya perang dunia pertama; orang yahudi mula berpindah beramai ramai ke palestin

1919: diadakan konferens national pertama di palestin; isi kandungannya menentang deklerasi Balfour

1920: San Remo Conference: memberikan mandat kepada britain terhadap palestin.
Sir Herbert Samuel; seorang zionist dihantar sebagai high commisioner pertama britain ke palestin

1936: rakyat palestin melakukan 6 bulan protes umum
bertujuan untuk protes rampasan tanah palestin dan imigrasi yahudi ke bumi palestin

1937: Peel Commission: diketuai oleh Lord Robert Peel
antara isi kandungan: sudah tidak ada harapan untuk mewujudkan kerajaan uniti merangkumi bangsa yahudi dan arab. mengusulkan pembahagian palestin kepada negara yahudi, negara arab dan tanah suci yang neutral dijaga oleh british

1947: british meninggalkan palestin. PBB mengusulkan pembahagian palestin kepada yahudi dan arab

15/5/1948 : penubuhan sebuah negara yahudi merdeka

No comments: