untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, November 24, 2010

surat terbuka buat adik adik semua: seronok ke nak jadi Doktor :

salam sayang to you all

abang merupakan seorang pelajar perubatan. dahulu, abang jua sama macam anda semua. ada ayah, ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor. ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor. ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. semangatnya kuat, tinggi. maybe kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia. oh. dr sudah tentu glamour kan. banyak duit. kawan kawan pula bercerita , menurut surat khabar the star, kerjaya yang paling rakyat malaysia percayai adalah doktor mengatasi ulamak, tokoh politik dan sebagainya. nak jadi doktor sebab doktor banyak duit. nak jadi doktor sebab nak tolong orang susah. saya ada pengalaman keluarga sakit. saya tak dapat nak tolong kemudian meninggal. sedih. dari situ saya impikan nak jadi doktor. oh. dan macam macam lagi alasan yang boleh diberi untuk menjadi doktor. hakikatnya. tidak sebegitu. kalau menang anda mahu menjadi seorang doktor, dengarlah apa yang ingin abang kongsikan bersama adik adik semua

hari ini, abang ada chat dengan seorang kawan. dia bekas pelajar sains komputer. sekarang bekerja disebuah bank terkemuka dengan gai sekitar 3 ribu. alhamdulillah. bagus. dia bercita cita mahu menyambung sampai peringkat doktor falsafah. bagus.ada cita cita besar. abang cakap bagus la dah kaya. pastu dia kata , kamu lagi kaya jadi dr.

best ke jadi doktor? kaya ke dengan jadi doktor? seronok ke? hebat ke ada title doktor? mari abang mahu bercerita. mahu jadi doktor, anda kena korbankan masa anda yang cukup banyak. nak kena stady, belajar banyak benda. tahun pertama : anatomi, physiology, biochemistry. second year anda kena belajar microbiology, pathology, forensic medicine, pharmacology. tahun ketiga, anda kena belajar medicine, surgery, pediatric,obg, psychiatric, community medicine. ok. tahun 4 pun ada lagi , ortha, orthopedic, ent. tahun 5 pun sama. tahun 5 habis degree. anda bergelar dr. oh! tak habis disitu. anda akan ada housemanship pula. masa inilah adik adik akan ditrain menjadi seorang doktor. masa ni la kalau adik adik nak kena marah. masa ni la kalau adik dibawah supervisor yang garang garang, adik akan dimalukan dengan semahu mahunya oleh bos adik adik. ok. habis 2 tahun jadi HO. adik dah jadi doktor sebenar. tak habis lagi. takkan adik adik nak jadi dr biasa sampai tua. rugi. tak kemana. adik adik akan jadi senior doktor yang gaji naik sikit sikit. sudah tentu adik adik nak jadi kaya. kena sambung belajar lagi. buat master. jadi doktor pakar. berapa lama. maybe 4 tahun. jadi doktor pakar plak. emm. bak kata belajar seumur hidup. sanggupke? kalau sanggup alhamdulillah. kalau tak nak belajar dah, jadi senior doktor biasa. jagan marah kalau adik adik dihantar kehulu kampung ok. kena redha.

tak habis disitu. belajar tahun satu, tahun kedua lupa. belajar tahun ketiga, benda kat tahun kedua lupa. kena revise semua. sebanyak mana pelajaran yang abang kata tadi. buku huih kalau belajar kat india ni, balik malaysia boleh buat library buku perubatan yer adik adik. banyak. pergi hospital, lecturer tanya, ni kalau patient macam macam ni, apa diagnosis dia. oh tak tahu. oh lupa. oh cikgu tahun dua tak ajar. oh saya tak baca lagi. oh tak tahu. nanti dr marah. nape kamu tak belajar. semalam kamu gi shopping. saya nampak. nape tak belajar. kalau patient ni mati sebab kamu macam mana. sebb kamu tak tahu macam mana nak diagnos. apa rawatan dia kamu tak tahu. sanggup ke kena marah macam tu depan kawan kawan. depan patient. kena halau kelas sebb takleh jawab apa dr tanya. dilakukan. jangan datang kelas kalau malas membaca. oh. oh ada lagi. hari ini dapat sms. 5 minit lagi ada examination. sila datang cepat2. macamana kalau hari tu anda lupa nak bawa enset. atau enset ter off. fail la exam hari itu.

oh. lupa nak kongsikan lagi. sanggup ke tengok darah? sanggup ke belajar anatomi dengan mayat yang dah 5 atau 6 tahun diawet. sanggup ke berbau formalin yang busuk. sanggup ke belajar dengan mayat, kaki yang dipotong, badan yang dipotong, ada tulang kering kat rumah, pergi autopsy tengok mayat bersih yang baru mati dipotong dengan mechine, dengan playar. organ organ dalaman yang dikeluarkan semacam nak kerat isi dan organ ayam. kepala yang di kerat menggunakan gergaji macam nak kerat pokok. oh macam macam adik adik akan rasai nanti

apa nilai yang ada disebalik semua ini. seronok ke nak jadi doktor. seronok ke kena marah? kena herdik tak pandai? tak tahu nak jawab? seronok ke terpaksa berada dihospital 72 jam tak balik? seronok ke terpaksa tidur dihospital meninggalkan suami, isteri tercinta, anak anak kat rumah? orang beraya, adik adik beraya dihospitalseronok ke fail exam? seronok ke semua itu semata mata nak kejar glamour? semata mata nak dapat duit banyak? andai wang yang dicari silakan jangan lagi ingat untuk jadi seorang doktor. andai glamour yang dicari, silakan lupakanlah title doktor. tiada yang indah bukan.

salah. ada yang lebih indah bila anda mahu menjadi seorang doktor. ada. bukan tiada.disebalik semua itu. adik adik akan mengerti. nyawa seorang manusia itu apa nilainya. adik adik akan mengerti mengapa asyik kena marah. mengapa kena baca buku. mengapa kena tahu semua benda. mengapa kena berkorban. nilai satu nyawa itu. apa perasaan andai ada patient didepan mata. kita seorang dr, tak mampu buat ape ape hanya menanti malaikat sakaratul maut datang mencabut nyawa. sedih sangat sangat. penderitaan seorang ayah yang sedang terlantar. ibu yang sedih melihat anak yang baru dilahirkan cacat. sakit. menyentuh perasaan. nenek yang tau bercerita kisah hidup. ditinggalkan anak2 kerana terlantar sakit.

andai betul2 mahu menjadi doktor, silakan. selamat berjaya dalam perjalanan yang cukup panjang. pasti segala cubaan akan anda tempuhi. usah risau. anda pasti akan berjaya. yang penting, kukuhkan kekuatan anada. redha dengan apa yang akan anda lalui. sukar mahupun senang. selamat berjaya. lupakan kemewahan. pasti diakhirnya anda akan berjaya menjadi seorang doktor cemerlang. kemewahan dan title jua akan kunjung tiba.
selamat menempuh spm adikku.

62 comments:

Unknown said...

sedihny baca post ni.btol2 kena perasaan..berharap dapat pikul amanah yang allah bg ni sebaeknya.i.Allah.btw tm kaseh ntk post ni

aku dr amin said...

same same. insya Allah. amanah ini tida seberapa berbanding perjuangan sahabat sahabat kita jauh di bumi palestin kan. ^_". yang penting cekalkan azam kita walau banyak mana dugaan melanda. insya allah moga kita dapat mengharungi amanah ini

Afraliza Yusof said...

owhhh...byknye pengorbanan yg kene dilakukan dr..sebelum, semasa & selepas..mmg dulu cita2 nak jadi dr..huhu..tapi apekan daya..

aku dr amin said...

salam afraliza. tak ape. jadi apepun yang penting ada matlamat dalam hidup. ^_"

Werdah said...

Salam Dr Amin

Lama benar juga makcik tak ke sini.. benar kata Amin ni.. jadi apapun tak mengapa asal berada di atas jalan yang lurus.. dulu pernah tanamkan cita-cita nak jadi doktor namun dapat jadi guru.. alhamdulillah.

Semua pekerjaan ada matlamat dan peranannya sebab itulah Allah jadikan kita pelbagai ragamnya, yang penting kita sedar siapa kita di sisiNya.. semoga Amin sentiasa beroleh beroleh kekuatan.. Amiin

aku dr amin said...

aha. betul tu makcik. guru pun bagus. dapat didik anak bangsa. moga kita akan terus maju ke hadapan. syukran atas komen

BUNGA said...

Bukan mudah menjadi doktor yer. saya pun ada beberapa org kawan doktor, masing2 sentiasa mengeluh.. memanglah RM berkepul2.. tp bnyk benda harus dikorbankan. tp tak apalah.. semua bnda ada hikmahnya.. tak gitu Dr Amin? hehe..

p/s: terima kasih atas komennya yer Doktor.. Nanti kalau saya ada masalah, saya cari doktor k.. :)

BUNGA said...

Dr. Amin, saya suka entry ni.
kalau tak keberatan, boleh saya share di fb ini?
Ini linknya:

http://www.facebook.com/pages/Apa-Saja-Untuk-Mu/150243078353764

tk :)

aku dr amin said...

kak bunga, terima kasih atas komen anda. >_< boleh kalau nak dikongsikan. silakan. semoga ada kekuatan untuk menulis lagi :)

wairah said...

rse sedih+tkut ble da on-da-way nk jd doc nie..

cahaya kemenangan said...

to become a doctor,it's not a matter of fun or despite of it or excetra...the thing is you know the concept of becoming a doctor not a DATUK.though the thing is a sort of 'haunting' whenever it takes place prior to our first name..to become a doctor, the path is not simply fun though you have passion for,so called the passionate...unlike what you've watch on tv..eg..surgeon bong dal hee? dr.House??i just name couple of it. as it was an inspire for where I am right now. and of course, Allah is the first&foremost out of everything why I am here..studying 'funny thing about human body 'intracellularly&extracellularly'
..whatever it is, for the one that own this blog, all the best. save our muslims brothers & sisters in palestin. & of course, 10yrs serve for malaysia indeed[for me whom tied by JPA...]...Allah mudahkan urusan kita semua...inshaallah...I found another Doktor Muslim here...all the best...

aLmas_saJidah said...

there are so many[MANY] doctor-to-be out there...but how many true-muslim-doctor-to-be? let us take the 2nd title I've mentioned earlier rather than the first one...how many doctors truly fight halal-haram in medical field? eg: non-halal anticoagulants..[I should name it but not in this post] but how many muslim dR care about the status of clexane?ermmm...yes.there is..but not in BILLION amount whom dare to speak it out..hopefully,I can fill in the many[MANY] empty space to fight for it...you too..and another muslim doctors too! Inshaallah!

aku dr amin said...

almas sajidah : syukran diatas peringatan anda. moga kita akan menjadi doktor yang bakal berjuang untuk agama bukan untuk dunia semata mata. >_<

kekuatan dlm chya kemenangan said...

assalamualaikum..kenapa saya tak dpt follow blog anda?

aku dr amin said...

salam. blog saya boleh di follow melalui open ID. just type ur open ID. nama blog anda :). atau anda perlu menukar status open ID anda untuk follow blog ini. >_<

Anonymous said...

salam bro amin..sy bru lps spm n all u said was true...ape yg sy terbyg is studs yg cemerlang hanya kearah medic, at first sy x la rse nk jd doc sgt.tp disbbkn byk influence yg suruh kearah mdic..i think i'll choose mdic..tp kan bro..what if i couldn't bear wif da becoming challenges??bkn lps da jd doc..during my studies nyer challenges.. ade x tips or any advise yg leh increase my confident utk trus kn??
tp sy x ske engineering..dats y x rse nk plih course tuh..any advise?

aku dr amin said...

salam. lumarah kehidupan. tiada yang mudah. saya syorkan adik membaca artikel saya berkaitan prof dr muhaya. dan andaikata adik memang minat mahu menjadi seorang pelajar perubatan, why not you buy and read her book. saya dah bacanya. amat menarik dan positif untuk seorang medical student. insya Allah lepas anda membacanya, hubungi saya kalau mahu berkongsi sesuatu. kita kena belajar melalui pengalaman. gud luck yer >_<

Anonymous said...

thnks..can i know da title of da book??tu la..we learn from experience..so i guess bro can share ur experience...so that sy leh nilai diri sy..huhu...dulu bro amik course medic ats alsn aper? minat?galakan?kelayakan??
u hve 2 help me a lot..tq so much bro coz sudi reply my comment..
btw my name is farhana.18.sdang mnunggu result spm..

aku dr amin said...

farhana : disini linknya ok >_,

http://akudramin.blogspot.com/2010/12/prof-dr-muhaya-muhammad.html

>_>. minat ada, kelayakan ada, dorongan pun ada. insya Allah. >_<

insya Allah nanti saya akan buat post terbaru berkenaan pengalaman saya semasa SPM, semasa di Taylors collge (SAM) dan semasa disini. saya sekarang dalam mood exam. akan tamat pada 24/2. insya Allah. ada perkongisan nanti.

Anonymous said...

thnks so much..owh sorry 4 da inconvenience..huhu.. btw,good luck bro amin..cant wait for ur sharing..

far.sha said...

terima kasih ats smangat dan drrongan...kate2 dr amin btul2 mnyentuh hati dan mmberi smangat kpd saye tp sy xtau knape sjak kcil hngga dwasa hati sy mahu mnjd seorg doktor dan bkn smata2 utk suke2..kata2 dr amin mnyedarkn sy betapa prlunya kite berusaha dan berkorban utk ssuatu prkara...sy berharap sgt dr amin mendoakn kjayaan sy dlm spm thun ni...InsyaAllah andai medik yg sy pilih sy akan brusaha utk mnjadi seorg doktor yg jgk menegak agma kite iatu agama Islam

aku dr amin said...

far.sha.teruskna usaha andai andai itu adalah cita cita anda. selamat berjaya saya ucapkan

Harry Saif said...

saya baru nak mula first year bulan 9 ini..rasa takut dan naif sgt bila mendengar momokan dari senior serta teman rapat yang sudah melalui pahit getir kehidupan sebagai pelajar perubatan..boleh admin beri nasihat buat saya??

sayaseorangdoktor said...

well said bro!

Insyaallah, semoga kita semua dapat jadi the-best-true-muslim-doctor-to-be.

kuatkan azam, tingkatkan semangat, perkukuhkan usaha, perbanyakkan doa, semai dengan tawakkal..insyaallah, kejayaan akan jadi milik kita

faezza fauzy said...

sedang dalam perjalanan merasai semua itu...betul la..semua tu tepat sekali..mohon Allah swt cekalkan hati untuk capai cita-cita..terima kasih untuk pengisian yang padat..kadang-kadang kita lupa kenapa Allah swt takdirkan kita untuk berada dalam bidang ini...

mira said...

Tshniah buat insan-insan yang sudah bergelar doktor ..

aku dr amin said...

Adik Harry Saif . saya ada hantar comment kat blog kamu.

aku dr amin said...

saya seorang doktor : Insya Allah.

aku dr amin said...

faezza fauzi. terima kasih kerana berkongsi. saya ada melawat blog saudari

aku dr amin said...

mira: Tahniah kerana mereka berjaya mengharungi hidup ini. :) tahniah buat Mira juga

m said...

sudddenly terjumpa this blog.. nice entry.. betul ape yang dr amin cakap tu... just nak sharing..tak taulah nak cakap macam mane sebab saya masuk med school because of my mum wish and just to pleased her....and everyone cakap dr gaji besar and kaya.... so macam best jek kan...tapi bila kita buat bukan niat kerana Allah... something wrong will happen.... i failed my first test in my first year...terkejut gila sebab tak pernah failed pun sebelum nie..but luckily it just a minitest... then i realised that bile kita buat ape2 pun niat kena betul...kerana Allah SWT...so saya start betulkan balik niat and bila kita redha and rase this is the best things yang Allah dah aturkan untuk kita .. it will feel much better.. and alhamdullilah now i'm in 2nd year....and still continue my studies in med school...

i think when you in something u must totally in and cannot turn back because die dah jadi fardhu ain untuk kita..

and for those yang survive to be a doctor....you are cool man....because it is not as easy as it seen...
i hope to become one of you in next 3 years...

cinca said...
This comment has been removed by the author.
cinca said...

search google tiba2 nmpk blog nih..bila bukak baca entry2 kat blog ni mmg seronok, mmg lg tambah minat sy nk jd dr ,tp bila terbaca entry yg ni perghh sgt menakutkan.mmg kena tough.sy nak sgt jd doktor , tp sy takut sy tk mampu.sy takut darah , sy takut sume benda yg menggelikan tp hati sy ckp NAK jugk jd doktor.konon nak jd vet pdhl buat experiment bio kt sekolah bedah tikus pun teragak2 nk pegang.layak ke result spm sy yg kuar bulan 3 nnt untuk ambil course medic?sanggup ke sy nk korban sume benda yg mcm dr amin ckp?sy nak sgt2 jd doktor.tlglah sy :( ape patut sy buat dr amin?tlg bg respon plez

aku dr amin said...

aDiK nUR aDILA:

apa yang saya boleh katakan lagi. adi mempunyai cita cita yang sangat murni. Melalui tulisan adik, saya dapat mengagak adik terlalu minat untuk enjadi seorang doktor. Pengalaman boleh dipupuk. Tapi cita cita sukar untuk diubah. Berdoalah agar cita cita adik dipermudahkan ALLAH. Itu yang saya ampu katakan. Selain itu, mungkin adik boleh membaca kisah da cerita serta pengalaman doktor doktor lain. Pada masa sama, hidup ini cukup luas. tidak bermakna andaikata adik gagal untuk menjadi seorang doktor, hidupmu sudah musnah. Moga keputusan SPM nanti terbiak buat adik. :):)

aku dr amin said...

m: anda berada dijalan yang betul. doakan saya juga ^^

Anonymous said...

Assalamualaikum...

saya memang minat sangat nak jadi doktor sejak dari sekolah rendah lagi..dan minat itu bertambah sejak saya terbaca tentang penderitaan umat islam di palestin..saya sangat berharap dapat membantu dengan memberi rawatan kepada mereka...

saya baru lepas ambik result spm tapi masalahnya subjek bio,kimia,fizik saya hanya dapat A-...saya takut kalau saya tak dapat mengikuti pembelajaran nanti dengan baik...dan masih bolehkah saya mengambil bidang perubatan?? sila bagi nasihat...TERIMA KASIH

aku dr amin said...

salam Adik Anonymous..

dapat A- pun A jugak kan? time kami dahul tiada istilah A+, A-.

sAYA KONGSIKAN kisah seorang hamba Allah ini, mendapat B dalam Biologi, fizik dan kimia. Sekarang tahun 6 dalam bidang perubatan di Mesir. Hampir menjadi doktor sudah.

Insya Allah jika itu cita cita adik, Allah permudahkan

Yang penting usah mudah kecewa. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum

TERIMA KASIH atas nasihat yang diberi..anyway nama saya sarah

Pada pendapat encik doktor , mana lebih sesuai untuk saya sambung belajar..matrikulasi atau asasi sebelum masuk bidang perubatan?

TERIMA KASIH

aku dr amin said...

Sarah. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Matrikulasi adik perlu bersaing kembali dengan kawan kawan. persaingan tempat ke universiti terbuka luas dan adik tidak tahu kemana lagi mahu pergi

Pada hemat saya program asasi berada dibawah universiti. contohnya jika adik mengambil program tamhidi perubatan di USIM, bermakna adik akan terus melanjutkan pelajaran tahun 1 dalam bidang ijazah perubatan di universiti sama.

program asasi ada di USIM, UIAM DAN UM jika saya tidak salah.

program matrikulasi pula, adik bole sambung pelajaran dalam bidang perubatan di bawah tajaan MARA ke universiti luar negara. MARA ada menaja. cuba google. ^^

moga anda mendapat ilham yang terbaik :)

dilemmaMuslimah said...

assalammualaikum dr Amin :)

nice entry saudara.. thumbs up
sy merupakan salah satu pelajar lepasan spm 2012.. msih lagi ragu2 mau ambil bidang apa di U kelak..

minat mau jd dr tp tulah msih ragu2..

sy mau tnya dr.. klu kita mau jd dentist.. hidupnya sesusah hidup dr. perubatan ka..?

rakan2 sy kata tak dentist tak sesengsara dr perubatan.. btulkah?

mohon reply comment sy saudara.. klu saudara tak keberatan :)

aku dr amin said...

DilemmaMuslimah..

Saya ada buat artikel berkenaan dr gigi.

http://akudramin.blogspot.com/2013/04/jom-jadi-dr-gigi.html

Jemput baca yer

iskandar said...

kerjaya sebgai doktor veterinar atau doktor yang relevan skrg?

aku dr amin said...

Iskandar

dua dua relevan. tiada doctor, camana nak merawat penyakit.

Vaterinar pun relevan untuk merawat haiwan

Miss azieni said...

Assalamualaikum. I'm a first year medic student n i'm glad that i found this post. Sangat2 berguna bila saya rasa malas sangat nak study. Has so much to read tapi tak boleh nk hilangkan sifat malas tu.tapi lepas bace entry ni sentap sekejap.kalau aku tak study,patient aku mati satu hari nanti macam mana? Thank u so much dr amin. Thanks sbb sedarkan saya.

aku dr amin said...

Miss azieni
Wasalam. Sama sama kita berkongsi rasa. ;)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Betul ke dalam masa beberapa tahun lagi, banyak doktor akan tak ada kerja sebab terlalu ramai yang nak belajar medic sbb saya ada terbaca.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Betul ke dalam masa beberapa tahun lagi, banyak doktor akan tak ada kerja sebab terlalu ramai yang nak belajar medic sbb saya ada terbaca.

ain said...

Terasa banyak tanggungjawab yang dipikul,,, semoga kita semua berjaya menjadi dr sentiasa dijalanNya (^^,)
InshaAllah

Anonymous said...

Ya, mmg xdinafikn untk menjadi seorang doktor ni perlu melalui bnyk cabaran. tapi kalau kita niat menjadi doktor kerana Allah ,In sha Allah semua perkara akn diprmudhkn oleh-Nya.

aku dr amin said...

cabaran akan datang bersama pengalaman hidup. itu yang menyeronokkan

Nurul Mikhayla Amin said...

Salam,kalau kelas akauntan dari tingkatan 4 hingga 5 boleh jadi pediatrik tak?Atau Ikut keputusan SPM?Sebab saya pernah terbaca kalau kelas selain aliran sains tak boleh jadi doktor :( Sebab cita-cita saya mahu jadi Pediatrik. Kalau boleh,keputusan SPM kena dapat result macam mana nak jadi pediatrik? Mohon pandangan Doktor :(

Anonymous said...

Salam, kalau yang jd doktor biase yg bukak klinik, dia blaja smpai level degree or master?

Admin said...

Mohon share tuan admin untuk memberi manfaat kepada masyarakat umum

tq

Unknown said...

AsSalamualaikum dr. Amin,saya rasa apa yg dr. Amin tulis tu betul tapi saya berminat sangat dengan cita2 sebagai doktor bedah ..tapi ade beberapa sikap malas saya buat saya jadi slow..mungkinkah saya punya keazaman nak jadi seorang doktor x cukup kuat.atau pun saya dah set mind benda itu susah

Seketul Labu said...

assalamualaikum ,sy seorang pelajar yg akan menempuhi spm hujung tahun ni ,,tergerak hati sy nak bukak blog dr ,terima kasih atas keikhlasan dr menjawab segala persoalan yg selalu bermain dlm minda,, cita2 sy ingin menjadi doktor , yaa sy tahu bukan mudah , doakan sy berjaya dlm spm dan berjaya menjadi seorang doktor ,,,, doakan sy juga sempat bahagiakan keluarga sy since sy anak harapan diorang

aku dr amin said...

Jika bukan dari aliran sc tulen x dapat jadi doktor

aku dr amin said...

Habis housemanship dan habis servis wajib dengan kerajaan sudah boleh berhenti dan buka klinik

aku dr amin said...

Silakan

aku dr amin said...

Teruskan usaha adik

aku dr amin said...

Amin. Semoga berjaya

Unknown said...

cita²sya pun doctor juga tp sya endah habis sekolah sbb masalah keluarga

Unknown said...

Sedihhh..serious, strong gipe prg ygampu hadap semua ni...tq frontlineršŸ¤§