untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Sunday, July 4, 2010

Bumi Manipal terkenal di Bumi Mesir?

Alhamdulillah, sebelum kunjungan saya ke Bumi Mesir pada bulan 2 yang lalu, saya telah mendapat email dari adik sayan yang sedang mengikuti pengajian di sana meminta untuk berkongsi serba sedikit kehidupan sebagai seoranmg pelajar di Manipal, India untuk perkongsian bersama akhawat akhawat di sana. dan alhamdulillah artikel yang saya hantar telahpun dikeluarkan dalam majalah Suara Kampus Edisi Kelantan 43 bertajuk " mahasiswa Islam bertambah di manipal".

sila rujuk link ini untuk perkongsian bersama :

http://ekpkm65.blogspot.com/2010/04/suara-kampus-bil-ke-43-bakal-terbit.html

ingin saya kongsikan serba sedikit artikel yang saya hantar ke meja editor Suara Kampus Edisi Kelantan 43:

Biodata:

Nama: mohd amin bin ismail
Umur: 23 tahun
Tarikh lahir: 2/11/1987
Cita cita : menjadi kaunselor perubatan, phd perubatan
Hobi: membaca buku buku berkaitan politik, social dan kenegaraan.
Nama ibu: sharipah binti hasan
Nama ayah: ismail bin sulaiman
Bilangan adik beradik: 10 orang (ke 7 dari 10)
Sekolah dan pencapaian

Bersekolah rendah di sek. Keb. Tg indera petra kota bharu Kelantan( 1994-1998), sekolah menengah ugama arab maahad muhammadi lelaki (kota bharu)( 1999-2004), seterusnya melanjutkan pelajaran ke taylors college, subang jaya (2005-2006), tamat south Australian matriculation (sam), sekarang dalam bidang perubatan di Melaka manipal medical college (mmmc), campus manipal, india.

Pencapaian dalam bidang akademik: penilaian tahap satu (pts) semasa dalam darjah 3 lompat ke darjah 5, PMRU(9A1C), pmr 9A, SMU(6Aggregate), SPM 13A, south Australian matriculation (taylors college)
Pencapaian dalam bidang kokurikulum: pengerusi badan buku teks sekolah,
Di MMMC : Ahli Jawatankuasa Biro Malaysian students association (MSA) INDIA, AJK Islamic youth association (IYA), manipal, india. Terlibat secara langsung dalam penubuhan Malaysian Students Association INDIA dengan menghadiri majlis perasmian yang turut dihadiri oleh duta besar Malaysia ke india di Bangalore, india.
Bidang dan kenapa

Memilih bidang perubatan. Sudah menjadi kelaziman setiap dari seorang pelajar untuk mempunyai sebuah cita cita dalam kehidupan. Cita cita merupakan sinar yang akan memandu diri untuk Berjaya. Kalau dilihat pada hari ini betapa ramai yang memilih bidang perubatan terutamanya pelajar melayu islam. Bidang perubatan adalah satu bidang yang cukup luas untuk dikaji terutamanya bagi seorang muslim. Pernah satu masa saya tertarik dengan ulasan seorang senior di sekolah tentang kenapa beliau ingin menjadi seorang dr. Katanya pada hari ini jika kita lihat title dr ini adalah satu title yang cukup dipandang mulia oleh masyarakat, dan sudah tentu menjadi kredit andai seorang pendakwah islam itu mempunya title dr untuk menyampaikan dakwah.
Insya allah andai diberi peluang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat phd dalam bidang pediatriks di luar Negara mungkin ke eropah ataupun Australia seterusnya menjadi salah seorang pakar padiatriks terkemuka Negara.
Pengalaman pahit manis
Pengalaman indah: Berjaya menghrungi setiap cubaan dan dugaan hidup dengan hati yang tabah. Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM seterusnya mendapat tajaan JPA ke luar Negara
Pengalaman pahit : gagal dalam percubaan mendapatkan tempat di university terkemuka Australia. Hanya ditawarkan bidang farmasi.


Pengalaman islam

Syukur kepada allah yang mengurniakan seorang ayah dan ibu yang amat memahami tuntutan agama anak anaknya. Kami adik beradik dibesarkan dengan penuh didikan agama, dihantar ke sekolah agama. Apabila keluar dari sekolah baru dapat merasakan keadaan sebenar masyarakat diluar sana.

Jika ingin dilihat masyarakat islam di india ini, mereka sebenarnya boleh dikatakan cukup dekat dan amat patuh dengan ajaran islam walaupun mereka adalah golongan minoriti. Dan kebanyakan masyarakat disini terdiri dari sunni dan sebahagian adalah syiah. Bagi masyarakat sunni, majority adalah berfahaman sunni hanbali. Mungkin juga kehebatan masyarakat islam diindia kerana berjayanya jemaah tabligh yang banyak menjalankan aktiviti aktiviti mereka. Dan masjid di sini juga tidak lekang dari aktiviti aktiviti keagamaan.

Pengalaman yang paling menarik semasa berada di taylors college, yang mana majority 95% pelajarnya adalah bukan islam. Dan kebanyakan pelajar islam adalah pelajar tajaan samada jpa, mara ataupun petronas. Kami Berjaya atas usaha gigih beberapa teman, dan pensyarah pengajian islam memohon mengadakan majlis solat terawih di dewan peperiksaan dan majlis berbuka puasa buat pertama kalinya dalam sejarah taylors college.

Pernah bersama beberapa orang sahabat terlibat dalam penubuhan persatuan islam di taylors college namun akhirnya ditolak oleh pihak kolej

Selain itu, saya juga terlibat dalam aktiviti usrah dan menjadi AJK Perhubungan IYA di manipal india. IYA atau Islamic youth association ditubuhkan sebenarnya atas usaha dan inisiatif beberapa orang senior satu masa dahulu bilamana melihat semakin bertambahnya pelajar islam di manipal ini. Antara aktiviti yang IYA jalankan disini adalah menjaga dan member platform buat pelajar muslim mengadakan aktiviti aktiviti islam disini. antara program yang IYA adakan termasuklah Saturday circle iaitu bual bicara islam setiap hari sabtu yang diadakan Islamic centre, masjid manipal, kelas iqra iaitu kelas pengajian alquran, usrah, tazkirah mingguan di kelas kelas, menganjurkan forum islam, menganjurkan perjumpaan perjumpaan islam seperti majlis hari raya dan sebagainya. IYA adalah satu badan yang terletak dibawah Malaysian Student Association (MSA) yang berdaftar dengan kerajaan malaysia

Nasihat dan harapan

Jika dilihat pada hari ini terlalu banyak gerakan gerakan ataupun badan badan islam yang berpusat dimalaysia dan mempunyai jaringan mereka diserata dunia dimana selagi ada pelajar islam disitu. terpulanglah pada kita sendiri untuk memilih persatuan kerana matlamat asal adalah untuk menjulang nama islam. Janganlah kiranya ada diantara kita bergaduh dan berlumba mencari pengaruh semata mata untuk menunjukkan kita adalah yang terbaik.

Nasihat buat teman teman di mesir: gunakanlah masa dan peluang yang terhidang dihadapan anda semua untuk mencukupkan ilmu didada, tidak kira anda berada dalam bidang apa sekalipun selagi anda bergelar seorang muslim. Cukupkanlah ilmu islam didada memandangkan tidak semua berpeluang untuk hadir kebumi mesir dan menimba ilmu disana. Dan apabila pulang ke Malaysia nanti menjadi harapan generasi baru rakyat Malaysia.

Gagahkanlah diri untuk menerima ujian dan dugaan dalam hidup. Semakin kita menghampiri kedewasaan , semakin mencabar hidup ini. Manusia yang tewas bukanlah kerana satu kegagalan , tapi manusia itu tewas bilamana dia berhenti untuk berusaha dan berputus asa dengan kehidupan. Carilah pengalaman hidup sebanyak yang mampu.

sekian wassalam

"moga Allah tetapkan hati ini diatas landasan Islam yang sempurna"

4 comments:

azliani ismail said...

owh amin..sy lupa nak beli suara kampus tu..awak tulis post ni baru teringat..haha

nnti la sy beli buat kenangan:p

aku dr amin said...

baik adikku sayang. jgn lupa datang india sila bawa ye. owh. sila bawa wang lebih juga. perjalanan kamu tidak akan di sponsor

azliani ismail said...

insyaAllah saya bawa..
baru je ter'pk' nak mnta kamu yg sponsor:p
sponsor cket pun xpe..hehe nak jugak:p

aku dr amin said...

;) takde duit adik. sponsor seposen ok