untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, June 26, 2010

hidup untuk memberi

teringat kata kata seorang penceramah bebas yang telah menjadikan kata kata ini trademark dalam hidupnya. hidup untuk memberi. iya. memang betul. setiap oranga da kelebihan masing masing. dalam mengisi waktu dan ruang kekosongan dalam hidup ini, tiasa satu saat yang paling berharga melainkan ianya dengan memberi sedikit kegembiraan buat mereka dalam kesusahan, kesulitan kekurangan walau hanya dengan sebuah senyuman, walau hanya dengan sekeping biskut yang dikongsi bersama.

manfaatnya hidup ini, Dia tidak menciptakan semuanya sama, tidak menjadikan semuanya bahagia. adakalanya kita berduka, mereka gembira, adakalanya kita kecewa, mereka bahagia. nah. disini natijah sebuah kehidupan. tatkala kita berduka , mereka muncul mendamaikan jiwa kita. tatkala kita bahagia, mereka menjadi tempat kita berkonsi kegembiraan. sahabat yang baik sudah tentu sahabat yang sentiasa berada disisi berkongsi kebahagian dan kesedihan bersama kita.

kekayaan, kegembiraan, kemenangan adalah anugerah yang tidak terhingga buat kita. tatkala kita beroleh nikmat, sesekali lihatlah dan pandanglah mereka yang diberi kekurangan dan rezeki yang sedikit olehnya. hulurkan walau dengan sebuku roti andai itu bisa membuatkan mereka tertawa seketika. manisnya hidup andai kita mampu membuat mereka yang menangis ketawa dan bahagia. semua kerana satu nilai dan kasih sayang yang Allah terapkan dalam jiwa seorang mukmin.

mukmin yang cemerlang adalah mukmin yang menghulurkan bukan yang meminta minta. bersamalah kita sahabt sahabat semua bersatu hati, bersatu tenaga dalam mengimarahkan jemaah yang telah kita bina bersama. andai ada sedikit cacat dan cela, itu sudah lumrah dalam perjuangan. marilah bersama kami untuk berbakti kepada yang memerlukan. kami memerlukan anda sebagai sahabat kami, volunteer dalam program yang kami jalankan. bila lagi untuk anda berkongsi suka dan duka anda bersame mereka yang memerlukan. hulurkan kasih kita, hulurkan sayang kita buat mereka yang memerlukan. moga 'Huluran Kasih" akan bertambah meriah dengan pelbagai program yang bakal kita sama sama lakukan demi berbakti pada yang memerlukan. kami memerlukan anda sebagai sahabat kami sebagaimana mereka yang lebih memerlukan perhatian kita semua. Insya Allah semoga tergerak hati sahabat kita semua untuk menghulurkan sesuatu sebelum mereka pulang ke Melaka. alangkah manisnya andai kita mampu meninggalkan semuatu yang tersangat manis dibumi manipal ini. tatkala itu, hanya Dia yang mampu membals segala jasa kita.

----------------------------------------------------------------------------------

syukur tidak terhingga akhirnya muktamar sanawi IYA telah sempurna dan selamat. organisasi baru, imej terbaru , agenda baru, semangat baru pasti terlihat diwajah wajah ceria Presiden IYA SERTA ajk2 yang bakal memikul satu tugas yang amat berat. tahniah diucapkan. andai hati ini bertanya tentang satu perkara yang paling menyeronokkan adalah apabila mampu turut bersama mereka dalam mengisi kekosongan yang ada. terima kasih buat sahabat2 yang telah memberi peluang untuk diri ini bersama kalian dalam IYA DAN MSA. Pengalaman yang cukup membahagiakan. andai ada seribu satu kekurangan, mohon kemaafan yang tidak terhingga. andai ada hati yang terluka, daku hanya insan yang lemah. andai ada perlakuan yang membencikan, kata kata yang terhembur, itu semua terpikul atas sifat seorang hamba ynag lemah. usah dikenang masa lalu. pandanglah ke hadapan moga sinar baru akan bertambah ceria dan cemerlang buat kita semua.

moga setiap apa yang kita lakukan, itu adalah untuk kebaikan kita bersama. ambil yang baik, buang yang keruh.

doakanlah semoga segala perancangan kita bersama akan berhasil dengan jayanya. dokanlah jua agar Dia mempermudahkan rezeki kita semua.

doakanlah agar Allah memudahkan urusan saya dalam pelajaran menjelang hampirnya peperiksaan final 2nd year nanti. tinggal kurang dari 2 bulan sahaja nanti. insya Allah tabarakallah.

dijemput bersama menjayakan Huluran Kasih. hulurkan sayang anda.

ameen



mohd amin bin ismail
setiusaha Huluran Kasih MMMC Manipal
25/6/10
manipal india

1 comment:

azliani ismail said...

bittaufiq wannajah!!!
i know u r STRONGER...
Believe in ALLAH and urself that u can do it!!
i.ALLAH nusrah-NYA bersamamu ^_^

p/s: mohonlah ketenangan kepada-NYA kerana HANYA DIA yg bisa memberikan ketenangan ke dalam jiwa2 org mukmin~