untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, February 17, 2010

Doktor Algeria tunjuk perasaan di depan pejabat PM

18/02/2010 2:56am

ALGIERS 17 Feb. - Sekumpulan doktor Algeria mengadakan tunjuk perasaan untuk meminta kenaikan pangkat dan gaji di hadapan ibu pejabat kerajaan hari ini sekali gus menyaksikan ketegangan sosial yang berlaku di negara Utara Afrika itu.

Dalam tempoh enam bulan lalu, kemarahan orang ramai berhubung peningkatan harga barang, pengangguran dan pembinaan projek perumahan yang tidak terancang telah membawa kepada bantahan dan rusuhan besar-besaran.

Algeria yang membekalkan kira-kira lima peratus daripada keperluan gas Eropah dan merupakan pengeskport minyak kelapan terbesar di dunia, sedang bergelut untuk `memerangi’ pemberontakan oleh sekumpulan kecil militan al-Qaeda.

Kira-kira 300 penunjuk perasaan, selepas berhadapan dengan polis rusuhan, dibenarkan untuk berkumpul di dalam sebuah kawasan di hadapan bangunan ibu pejabat kerajaan.

Doktor-doktor tersebut, yang memakai kot putih, melaungkan kata-kata `sistem penjagaan-kesihatan kini dalam bahaya’ dan melambaikan kad merah ala permainan bola sepak di hadapan bangunan di mana Perdana Menteri Ahmed Ouyahia berada. - Reuters

No comments: