untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, August 27, 2009

manusia, arak dan ramadhan

Alhamdulillah akhirnya pada 25/8/09 aku tiba jua di Malaysia tercinta selepas hampir 3 hari kami berada di Bangalore melawat sekitar bandar termasuklah CS,ah aku pun dah lupa. Rugi plak tak buat catatan. Kami pulang ke Malaysia menaiki Jet Airways dari Bangalore ke Chennai kemudian transit di Cnennai. Dari Chennai kami menaiki mALAYSIAN aIRLINES.Alhamdulillh layanan yang kami terima seumpama kami sedahpun menjejak di bumi malaysia lebih lebih lagi lagu zapin terpasang di radio. begitu juga dipintu masuk flight ana menggarap kesemua akhbar harian tempatan termasuk berita harian, utusan malaysia, new strait times dan juga the star. tapi rasa rindu yang teramat sangat, berbeza dengan membaca secara online.

selepas kami masuk dan duduk dengan selesanya, terdengar di ceruk speaker ucapan selamat datang dari Encik pilot dan mengucapkan selamat berpuasa. beliau juga ada memberitahu akan waktu masuknya bersahur, alhamdulillah rasa cukup bangga dengan negara islam malaysia yang mempunyai syarikat penerbangan antarabangsanya tersendiri.

tapi satu yang membuatkan ana rasa cukup sedih dan rasa hina, marah, tatkala dibulan ramadhan yang mulia ini, tatkala kita mengaku negara kita adalah negara islam, kita mempunyai syarikat penerbangan terkemuka, syarikat itulah jua yang menyediakan pelbagai jenis arak untuk para penumpang. betapa malu lagi bilamana yang meng'serve'kan arak itu adalah pramugari pramugara Islam. tercatit indah nama di dada. lebih lebih lagi dibulan Ramadhan. ana tertanya adakah ini yang kita banggakan pasal negara islam kita?

bilamana sampai di KLIA pula. ana cukup bangga bilamana melihat megahnya pembinaan bangunan KLIA yang dikatakan antara tercantik dan tercanggih didunia. namaun perasaan itu sekali lagi pudar bilamana ana merasakan ana bukan sesekali menjejak kaki di Negara Islama Malaysia bilamana melihat kedai kedai menjual arak bertaraf internasional wujud. sedih dihati memikirkan kita hanya pandai berslogan namun jauh disana kita seumpama manusia munafik pada jalan ALLAH. dimana iman kita tatkala kita mengaku kita adalah seorang muslim. mahukah kita menjadi manusia yang bernama Abdullah bin Ubay. solat dibelakang nabi, berjuang bersama nabi, mati berkapankan baju nabi, namun akhirnya neraka penghujungnya.

melihat akhbar pada 24/8/09 yang bercerita perihal seorang model yang dikenakan hukuman rotan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, ana berasa cukup gembira walaupun masih diperingkat awal pelaksanaan dan masih belum mencapai tahap yang diingini, sekurangnya timbul kesedaran dihati kita untuk kembali kepada hukum kanun yang telah Allah tetapkan

juga terima kasih dah berbangga dengan kerajaan negeri selangor dibawah exco agama, yang mengumumkan peruntukan terbaru yang membenarkan pegawai masjid di selangor membantu menangkap orang islam yang minum arak disamping membantu meringankan tugas JAIS.

# Ayat 67, surah al-Nahl.

Firman Allah bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Ayat ini diturunkan ketika di Makkah di mana di dalam ayat itu Allah belum lagi menjelaskan pengharaman arak dan masih boleh diminum ketika itu.


# Ayat 219, surah al-Baqarah.

Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Ayat kedua ini menjelaskan perbezaan di antara baik dan buruk arak. Ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya.


# Ayat 43, surah an-Nisa'.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."

Ayat ketiga ini pula melarang umat Islam ketika itu meminum arak tatkala hampir waktu untuk bersolat. Perkara ini berlaku kerana imam sembahyang ketika itu dikatakan telah tersalah membaca ayat al-Quran kerana berada dalam keadaan mabuk. Maka turunlah ayat ketiga di atas.


# Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat keempat ini mengharamkan arak secara sekali gus. Jumhur fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan.

Ayat ini adalah dalil yang putus mengenai pengharaman meminum arak.

Ayat terdahulu walaupun dilihat sebagai mengharuskan penggunaan arak, namun seseorang Muslim hendaklah mengetahui ilmu al-Quran sebelum mengistinbat (mengeluarkan) hukum daripadanya.

Al-Quran tidak boleh ditafsirkan mengikut logik akal semata-mata kerana banyak kaedah yang perlu dihayati di dalam kita mencapai sesuatu hukum.

Mengkaji al-Quran memerlukan ilmu yang mendalam dalam bidang usul fiqh, kaedah fiqh dan sebagainya.

Dengan hanya membaca terjemahan dan tafsir al-Quran yang diterjemahkan tidak dapat membantu sepenuhnya di dalam memahami kehendak al-Quran itu sendiri.

Penguasaan bahasa Arab yang kuat juga dapat membantu memahami ayat al-Quran dalam erti kata sebenar. Bahasa al-Quran itu sebenarnya penuh dengan gaya bahasa yang tinggi dan seni yang amat menakjubkan.

Sebenarnya dengan turunnya ayat yang keempat di atas, ayat yang terdahulu telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat yang keempat di atas.

semoga ramadhan ini menjadikan umat islam di malaysia lebih mencari islam yang sebenar

dan ana yakin kita masih menunggu wujudnya " negara malaysia yang baik dan ALLAH meredhainya"

1 comment:

wani said...

nice post! :)