untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, July 29, 2009

bila budak sekolah agama buat dosa

teringat kata kata seorang USTAZ bilamana ana berada di sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, sekolah yang banyak membantu ana menjadi seorang manusia seperti sekarang.
" apa beza bilamana budak sekolah agama buat dosa dengan budak sekolah menengah biasa buat dosa?"
semua terpegun dan tercari cari jawapan untuk dijawab pada sang Ustaz
" Ustaz menjawab lagi. bezanya senang aja. budak sekolah biasa buat dosa dapat 1 dosa manakala budak sekolah agama buat dosa dapat 2 dosa". kata nya
" camana tu yer Ustaz?" semacam ada persoalan yang timbul dibenak kami semua.
" senang aja. budak sekolah agama ni kan jadi ikutan ramai orang. so bilamana dia buat dosa satu dosa tu akan terkena dirinya sendiri, satu lagi dia menjadi FITNAH pada Agamanya. cube tengok, bila budak sekolah agama buat dosa apa orang cakap? tengok tue budak sekolah agama pun buat jugak benda tu, so aku ni budak biasa je pun kira boleh buat jugak la". kan simple tue. kata sang Ustaz.
" emm betul tue".
cube pula lihat akan kata kata indah Saidina Abu Bakar Alkhattab tatkala baginda dilantik menjadi Khalifah Islam pertama

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.

sambung nya lagi :
'Amma Ba'du. Sesungguhnya saya telah di­nobatkan. Namun al-Qur'an turun, dan Rasulullah mengajarkan sunnah-sunnah. Lalu kami diajari sunah-sunnah itu dan kami tahu. Maka ketahuilah wahai manusia secerdas-cerdasnya manusia adalah orang yang bertakwa, sedangkan orang yang paling lemah adalah orang yang ingkar. Sesungguhnya orang yang paling lemah di antara kalian adalah orang yang paling kuat hingga aku ambil untuknya hak-hak­nya. Dan orang yang paling kuat di antara kalian adalah orang yang lemah hingga aku ambil darinya hak-hak orang lain. Wahai manusia, sesungguhnya saya ini adalah orang yang mengikuti jejak Rasulullah, dan saya bukan orang yang membikin-bikin hal yang baru (mubtadi'). Jika saya melakukan hal yang baik, maka bantulah saya dan jika saya melakukan hal yang jelek, maka luruskanlah saya. Saya akhiri khutbah ini, dan saya minta ampun kepada Allah untuk saya dan untuk kalian.

inilah dia sifat dan pensyaratan seorang pemimpin menurut pandangan Imam Malik.
mungkin sahaja kita perlu mengetahui betapa siapapun seorang itu pada pandangan manusia, dia tetap seorang biasa disisi Tuhan. terkadang dia juga ada melakukan kesalahan dan kesilapan. dia juga memerlukan seorang teman untuk memperbetulkan keadaan yang salah.

Nilai seorang pemimpin adalah untuk memimpin dan menjaga semua yang berada dibawah jagaannya. pemimpin yang kuat tidak takut untuk menegur akan kesalahan dan kesilapan yang terjadi kerana suatu hari nanti dia akan disoal oleh Allah terhadap semua yang terjadi dibawah pengawasannnya.

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :

Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda dengan maksudnya :

” Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga”.
Sadaqa Rasulullah.

Bagaimana pula dengan nilai mereka yang melantik pemimpin tersebuat. sebagaimana kata kata indah saidina Abu Bakar, andaikata pemimpin itu ada melakukan kesalahan dan kesilapan dia juga perlu ditegur supaya dia lebih berhati hati dalam setiap tindak tanduk nya.

Beratnya menjadi seorang pemimpin ini berat lagi untuk menjaga sebuah jemaah Islam yang bermatlamat untuk menjaga Agama Allah. setiap langkah menjadi perhatian umum. setiap tindakan akan diperhalusi. sekecil kecil kesilapan itu adalah cukup besar pada pandangan manusia lain.

seumpama kata kata indah: aku hanya manusia biasa, andaikata aku ada melakukan salah dan silap aku bersedia ditegur untuk menjadi manusia yang lebih baik. tiada manusia yang maksum kecuali para nabi Allah.

terima kasih atas teguran kawan kawan terhadap diriku yang serba kerdil dan hina ini disisi Allah. Insya ALlah aku akan lebih berhati hati dalam setiap bual bicara, tingkah lakuku. dan ana sebenarnya cukup gembira bilamana setiap gerak geri ana diperhatikan kerana ana tahu bilamana ana ada buat salah silap pasti akan ada teguran terhadap diri ana sendiri.

semoga kita semua akan dirahmati Allah.

aku yang bernama
dramin

3 comments:

wani said...

sori amin if teguran itu agak kasar

narnia said...

still rasa ralat lg ke?jgn la mcm tu...maaf, tak membantu masa tu...apa-apa pun, Allah masih sayang kan anda, sbb tu di detik kan hati rakan anda utk menegur...memang manusia itu pelupa...good luck utk esok ^_^

aku dr amin said...

syukran atas pandangan