untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, June 25, 2009

suatu kesimpulan

26/6/09 (JAM 7.40 AM)
Sebermulanya hakikat kehidupan seorang manusia itu, Allah telah menyediakan segala galanya sebagai bekalan utuk hidup diatas dunia ini. Tidak ada seorang manusia pun terlepas dari pandangan Dia. Yang jelas, setiap manusia itu diberikan satu kehidupan yang bersesuaian dengan tarafnya sebagai seorang manusia. Sudah tentu segala apa yang terjadi berada dalam pengetahuan Ilahi.

Mungkin manusia itu bilamana diberikan satu ujian dan bala, dia menangis sempit rasanya hidup ini kerana tidak mendapat apa yang dihajati, sedangkan mana sahaja kita tahu disebalik segala derita dan cubaan yang Dia berikan pada kita itu terselit seribu satu bahasa tersurat dan tersirat yang mana kita sebagai seorang manusia yang biasa langsung tidak mampu menafsirkan hakikat itu. Berapa besar sangat ilmu kita. Kita hanyalah seumpama butir butir pepasir ditepian pantai. Tiada siapa yang mahu melihat kita. Tidak ada bezanya kita dengan pasir pasir yang lain. Itulah hakikatnya kehidupan seorang manusia berbanding dengan kalam Allah. Kerana itulah bilamana dikatakan hatta tujuh lautan pun belum mampu untuk merungkaikan ilmu dan kalam Ilahi

Namun hakikat kehidupan manusia itu sendiri, bilamana sudah diberikan segala nikmat, mudah sahaja untuk kita melupai dari mana nikmat itu datang. Segalanya berubah 360 degree. Manusia mula berubah dan menunjukkan sikap angkuh serta mula bongkak. Bukan setakat kepada sesama manusia lain, malah kita mula menunjukkan keangkuhan pada Ilahi. Andaikata dulunya kita menangis dihadapan Nya, sekarang semua itu sudah luput dari ingatan. Seolah olah segala yang kita ada hari ini adalah hasil dari usaha kita sendiri , tiada kaitan langsung dengan manusia lain.

Betapa itulah sifat seorang manusia. Kerana itulah, bagi mereka yang beriman kepada Allah, seringkalai berhati hati bilamana mereka mendapat nikmat takut nikmat tersebut menjadi penghalang ikatan dengan Allah. Namun bilamana mendapat ujian dariNya, mereka sebuat "innalillahiwainnailaihirajiuun' . Sesungguhnya segalanya dari Allah dan segalanya akan kembali kepada Allah jua.

(Mereka berdo'a): "Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)" (QS. 3:8)


Kerana itulah sebagai manusia , kita sering diminta untuk bermuhasabah diri sendiri. Iman itu adalah suatu yang flexible. Hri ini mungkin tahapnya tinggi setinggi tahap para solehin, esok mungkin sahaja turun sehingga pada tahap yang cukup rendah. Cuba bayangkan andaikata Dia menarik kita tatkala iman kita berada pada tahap yang rendah, sudah pasti nilai kita seumpama pepasir tadi di tepian pantai. Namun bilamana dia menarik kita tatkala iman kita dipuncak, pasti nilaiannya seumpama sebutir mutiara tersimpan dicelah celah pepasir. Kilauannya cukup jelas dari jauh.

Betapa apa pun yang terjadi, segalanya sudah berada dalam ketentuan Ilahi. Apa yang kita inginkan belum pasti lagi itu adalah yang terbaik untuk diri kita, manakala apa yang buruk pada pandangan kita, itu mungkin yang terbaik pada pandangan Ilahi. Oleh itu, sebagai manusia kita mestilah berdoa semoga apa sahaja yang kita ingin lakukan pada hari ini sentiasa berada dalam kawalan Allah. Dan semoga apa sahaja yang bakal terjadi esok sentiasa merupakan suat yang terbaik dari Allah untuk kita............

dramin

No comments: