untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, January 18, 2012

warna warni kisah di wad

Berada di wad,pelbagai perasaan boleh ada.Kadang kadang rasa seronok, sedih pun ada. Seronok kalau saya dapat melihat gelagat gelagat pakcik pakcik yang dengan pelagai ragamnya. Bayangkan ada seorang pakcik tu (saya rahsiakan namanya) berbahasa Tamil dengan saya. Saya cakap " cakap bahasa melayu pakcik". Mungkin dia mengagak saya dari keturunan india. Pada masa yang sama, sahabat saya Amierul di katik mengadap kehadapan saya disapa oleh uncle yang lain dalam Mandarin.  mungkin Amierul ada sedikit mirip wajah seorang pemuda cina.

Pakcik yang menegur Amierul tu sebenarnya ada masalah pendengaran. bayangkan setiap kali sister mahu bercakap dengannya, pasti riuh seketika dengan gelak ketawa saya dan pesakit bersebelahan dengannya. "pakcik!!! saya mahu timbang berat badan pakcik yer!" cakap nurse kepadanya. Dia buat bodoh je.Nurse tersebut menjerit lagi " pakcik, sayamahu timbang berat badan!".  kali ini sister tersebut ditegur oleh seorang MO yang sedang mencatat sesuatu kedalam laporan rekod kesihatan. "Awak tak payah cakap panjang panjang dengan dia. awak cakap sahaja timbang berat badan, dan tunjukkan penimbang". kami yang sedang berada disekeliling tergelak panjang.

MO GARANG

ada juga MO yang garang. Hari ini seorang MO memarahi student nurse. Dia marah sangat sangat "Apa awak buat nie? kenapa awak tak sukat air kencing pesakit. Awak datang sini tanya pakcik harin i ada kencing ke? lepas tu tulis dalam laporan. Kenapa awak tak sukat level kencing pesakit? saya bergantung pada sukatan air kencing. mana sister awak. pergi panggil dia". Wah! saya yang berada di katil bersebelahan cukup terasa gerunnya.

Itu satu insidern. Insiden yang lain, semasa saya sedang clerk case patient, disebelahan katil ada wardround oleh MO beberapa HO. ingat yer, MO ni ada egonya, sedangkan HO ni kuli aje. Apa lagi medical student macam kita nie. Taraf apa yer dibawah kuli?. masa tu 2 orang MO keluar dari wad beraircond. Menurut raut wajahnya, macam ada sesuatu yang dia tak berpuashati. Ada sesuatu yang bakal terjadi. Awan cukup mendung diluar sana. " who take care of patient inside?" laung beliau pada sekumpulan HO. "which HO? Why he did IVcannular like that?, who did the IVcannular for him?". Wah, confirm la akan ada HO yang kena marah nie.Cetus hati saya. Sekali kawan dia seorang MO juga cakap " I did for him". hahaha. tergelak saya seorang diri. Dr itu yang pada mulanya nak marah sangat sangat tak jadi marah dan buat muka.


2 comments:

Anonymous said...

Garang sgt ke MO nie? Berdasarkan tulisan encik doktor mcm garang je..

Boleh sukat tahap kegarangan mereka tak??

aku dr amin said...

saya memang tak suka MO yang garang garang nie. saya bersifat:

kalau kita buat baik pada orang, Insya Allah hidup kita Allah permudahkan ^^