untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, April 21, 2011

belajarlah dari melayu kelantan

orang melayu sudah pening. saya syorkan kepada kawan kawan saya, belajarlah dari orang melayu kelantan. lihat mereka dari segi pergaulan mereka, (adakah mereka kuat perkauman? tidak), lihat dari politik mereka, lihat dari ekonomi mereka, lihat dari pencapaian mereka. saya jamin anda orang melayu tidak akan pening lagi. sudah ada didepan mata anda contoh terbaik. anda mengaku seorang melayu, datang ke negeri melayu kelantan 98% + pun tidak pernah. 

kenapa saya mahu anda mencontohi orang kelantan. semua orang kata melayu tidak pandai berniaga, melayu miskin. ada orang mentohmah melayu kelantan miskin. ye ke? cuba tengok orang kelantan. kebanyakan orang kelantan bekerja dalam sektor perniagaan. datanglah ke kota bharu, anda akan melihat berderet kedai emas milik orang melayu. contohnya kedai emas wan omar. restoran melayu berderet di depan HUSM kubang kerian. datang dan pilihlah mahu makan ape. ekonomi di bantu oleh peniaga melayu. malah mereka mampu untuk keluar dari kelantan ke kuala lumpur, seremban, kuantan menghidupkan ekonomi negeri lain. orang kelantan yang berhijrah dipandang tinggi. anak makcik kerja mana? anak makcik kerja kat KL. anak makcik kerja kat putrajaya. bangga. masa hari raya, pelbagai jenis kereta ada di kelantan menandakan anak anak dari luar pulang menjenguk keluarga. 

politik pula? bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir pernah mengaku kalah untuk merampas kelantan kepada UMNO. Tun pernah melantik diri sendiri sebagai pengerusi Umno kelantan. namun akhirnya mengaku kalah yang rakyat kelantan selamanya akan taksub kepada PAS. kerasnya semangat orang kelantan sehingga tidak termakan janji, wang ehsan mahupun sogokan politik. mereka mahu pemimpin yang akan memimpin mereka ikhlas dari segi agama, serius untuk membantu membangunkan ekonomi rakyat. bukannya hadir untuk merampas wang rakyat. sehingga sekarang rakyat kelantan 100% bersatu hati menuntut wang royalti minyak. 

dari segi masalah pergaulan, rata rata orang bukan melayu selesa berada dikelantan. walaupun mereka minoriti kecil, tapi tidak pernah terjadi pergaduhan apa apa. mereka boleh berniaga secara bebas asalkan tidak menipu. malah orang melayu kelantan tiada sedikitpun prejudis kepada mereka. mereka selesa dan menjadi saudara anak cucu adam dan hawa. inilah yang di syarahkan oleh TGNA selama ini. 

kita mahu maju kedepan tanpa mengganggu hak orang lain. tanpa perlu risau hak kita dirampas orang lain. itulah azimat orang kelantan. kuatkan hati, cekal dan tabah dalam kehidupan. agama dijadikan sandaran yang kukuh sebagai kekuatan dalam menempuh cabaran. banyak lagi yang orang melayu malaysia perlu belajar dari melayu kelantan rupanya

3 comments:

azliani ismail said...

nice ^_^
bila Islam didahulukan, hidup akan jadi aman dan bahagia..

~membangun bersama ISLAM!!!

nirhamna said...

im proud to be kelantanese.. :)

The Medical Duo said...

Salam..

Ana bangga jadik ore klate :D

Admin SINERGIHATI: Izzah