untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, September 8, 2010

salam aidilfitri, maaf zahir batin

alhamdulillah, hari ini rupanya genap 29 hari puasa dibumi taj mahal, shah jehan yang terkenal dengan keagungan cintanya dan taj mahal yang terus dikagumi dunia sebagai lambang cinta teragung seorang raja. malaysia pada hari ini meraikan ramadhan ke 30. beerti esok bermulanya hari pengakhiran bulan yang mulia bulan ramadhan. esok jua beerti 1 syawal yang bakal menjelma. salam hari raya buat ayah, ibu dan keluarga semua.

tahun ini agak cukup sederhana khari raya yang bakal aku sambut. mungkin bersama adik2 junior batch 26 yang tidak dapat beraya di malaysia memandangkan jadual semesta yang dibuka awal seminngu menjelang ramadhan. aku masih menunggu isyarat gotong royong, insya Allah malam jumaat.

raya tahun ini juga agaknya satu hadiah cukup bermakna apabila Azliani bakal buat pertama kalinya menjejakkan kaaki dibumi india. hendak merasa dan melihat suasana masyarakat india katanya. ah. apa ada di india. mahu melihat orang india, bukankah di malaysia juga ada kaum india. tidak samakah mereka? ya. agaknya mungkin tidak sama. ahlan wasahlan adik ke bumi india. tiada yang indah boleh digambarkan dengan realiti kesukaran dan kesusahan masyarakat marhainnya disebalik gelombang urbanisasi dan globalisasi serta dasar langit terbuka yang dahsyta menggoncang ketenteraman dan keharmonian pendokongnya. namun, cukup untuk memberi kepuasan mencungkil khazanah khazanah peninggalan jawaharlal nehnu dan gandhi. ianay mungkin tidak sama dengan suasana mesir , namun pasti menniggalkan satu pengalaman yang menarik. bila lagi mahu melihat tempat orang.

insya Allah raya ketiga selepas beraya dimnipal, aku akan ke bangalore selama 3 hari, ambil azliani di airport, jalan jalan sekitar bangalore, CS,MG ROAD. pulang ke manipal, melawat tempat menarik dimanipal dan kawasan sekitarnya, mengembara lagi ke mumbai, mungkin jika berkesempatan sekali lagi melawat elephant cave island, dengan suasana pelabuhan dan kapal kapal besar belayar, beserta air yang tenang. moga segalanya selamat yer adikku.

baru aku tahu rupanya library di manipal ini merupakan salah satu antara library terbesar di asia. dan anatomy museumnya menagndungi spesimen spesimen anatomi antara yang terbaik didunia. insya Allah akan kita lawatinya. kalau berkesempatan, boleh juga memohon untuk melawat cadaver. insya Allah

apa hal pun raya diperantauan sudah pasti tidak sama dengan beraya di bumi bertuah, cium tangan ibu dan ayah, bersenda gurau bersama anak anak sedara. insya Allah sampai masa aku pasti akan pulang.

salam hari raya, maafzahir dan batin buat semua. moga disebalik sesuatu tersimpan segala hikmah kebijaksanaan.

1 comment:

azliani ismail said...

salam aidilfitri dri kami di kelate..
kullu sanah wa enta bikheir~

sabar yer, jgn nangis2 d pagi raya yg hening..haha~

insyaAllah tggu kedatangan sy di bumi India~