untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, July 16, 2010

imtihan al akbar

imtihan al akbar. ia datang lagi. terasa sungguh singkat masa berlalu. pantas. seumpama semalam kaki ini menjejak dibumi manipal seusai ziarah jauh menjenguk sahabat sahabat lama dibumi bertuah, tanah para anbia'. kisah menarik berdoa dipuncak sinai, tempat perkeluhan musa alkalamullah masih terngiang ngiang. kisah bermimpi mendapat petunjuk yang benar. betapa risalahnya itu benar bagi yang berfikir. bak, tiada siapa yang sempurna.

kata kata Eliana, watak didalam "ketika cinta bertasbih" : rajin dan aktif pun belum cukup. ada yang lebih penting sebelum rajin dan aktif, iaitu alasan kenapa harus rajin dan aktif. ada aktif yang lebih banyak menimbulkan kepenatan sahaja dan ada giat yang membawa hasil yang luar biasa. banyak org yang tidak dapat membezakan antara sibuk dan produktif, dalam bahasa caroline Donnelly diibaratkan kincir angin berupa manusia. nampaknya bekerja keras tapi sedikit hasilnya.
bil i'zzatillah

kalam yang panjang tiada mampu mngubah andai tiada diselitkan dengan kasih dijiwa. seumpama bekas air yang terisi penuh, tiada manfaat lagi bila ia hanya mengalir melimpahi lantai. moga sepanjang waktu imtihan ini, tiada masalah antara hamba dan Tuhannya.

izinkan hati ini melabuhkan tirai buat sementara waktu. biarkan minda ini khusyuk dalam kalam kalam ilmu perubatan moden. biarkanlah hati ini berdengup kencang buat sementara waktu menjelang munculnya imtihan yang akbar. biarkanlah mata ini hanya menatap puisi puisi ciptaan manusia agar mampu diterjemahkan dalam waktu imtihan. biarkan tangan 2 ini terketar ketar menulis bait bait indah Dr Arora. moga segalanya dipermudahkan yang maha Esa

hanya doa seorang sahabt, dan ibu ayah amat aku pintakan

salam perdamaian

dramin
manipal
17/7/2010

2 comments:

azliani ismail said...

wish u all da best!!
insyaAllah najah kheir..
i'm alwez pray for ur success :p
sy kan adik kamu yg terbaik..hahaha

Anonymous said...

[url=http://garciniacambogiaselectz.weebly.com]
cambogia garcinia[/url] is the richest paunchy blazing extract nearby in vend contemporarily a days. Bow to upto 10 kg in 1 month. garcinia cambogia select