let the pictures tell everythings
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya sedia mengadakan kerjasama dengan jabatan agama negeri-negeri bagi membendung gejala zina yang semakin berleluasa sekarang.
Beliau yang merujuk kepada tahap gejala sosial termasuk zina yang semakin parah sebagaimana yang dilaporkan media arus perdana hari ini.
Ini, katanya ditambah dengan laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008.
Nasrudin menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Anti Zina, Arak dan Pergaulan Bebas di Pasar Seni, di sini, petang ini. Hadir sama ialah timbalan dan naibnya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ahmad Sabki Yusof serta beberapa Exco Pemuda PAS Pusat.
(Gambar: Azman Shapawi (tiga dari kanan) membacakan doa selepas pelancaran kempen tersebut oleh Nasrudin.)
Katanya, kebetulan pula esok adalah sambutan Valentine’s Day.
“Kita lihat masyarakat kita sambut Valentine’s Day tak ubah sebagaimana orang barat menyambutanya,” ujarnya.
Bahkan, katanya Pemuda PAS Pusat turut menghantar memorandum kepada pihak Menara Kuala Lumpur yang mengadakan sambutan itu dengan program yang merosakkan golongan muda.
5 comments:
setiap tahun kita boleh tengok disekitar bandaraya kl contohnya selepas valentine day, penuh kondom 2 ditemui bersepah. apa nak jadi ni
waduh 2 sedapnya kutuk valentine days. tak semua yang sambut tu akan berakhir ngan zina . cuba la pandang positif sikit....
seseorang....
batch 22 mmmc
nice pictures upload
yang jelas ulamak mengharamkan sambutan valentine days. nak tahu cerita search la google.
p/S : sape seseorang batch 22 tu?
SESEORANG YANG CINTAKAN KEAMANAN
seseorang
batch 22
Post a Comment