untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Sunday, February 7, 2010

Tempoh khidmat wajib doktor di hospital dipendekkan atau dipanjangkan? mana satu betul ni?

bila baca utusan malaysia bertarikh dibawah ini, mula hati aku berdetik menanyakan yang mana satu betul ni? nak panjangkan ke nak pendekkan? emm. pergi mari pergi mari menteri kesihatan dan tak sebulu dan sependapat dengan timbalan menteri di jabatan perdana menteri. ku perturunkan post ni dan post lama yang pernah aku letak dalam blog aku ni buat penilaian bakal bakal doktor semua. mana satu yang korang semua setuju. yang penting masing masing dengan alasan sendiri.....


07/02/2010 6:27pm

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memendekkan tempoh perkhidmatan wajib doktor di hospital kerajaan daripada lima tahun sekarang kepada empat tahun.

Beliau berkata, langkah itu dilihat dapat menarik para doktor untuk terus berkhidmat di hospital-hospital kerajaan secara sukarela.

"Memaksa mereka untuk berbuat demikian adalah tidak bagus,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan B-Nes Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mengkhususkan kepada pengeluaran produk sarang burung, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah pada 27 Januari lalu bahawa kerajaan sedang meneliti untuk meningkatkan tempoh perkhidmatan wajib doktor di hospital-hospital kerajaan sehingga 10 tahun bagi mengatasi masalah kekurangan doktor.

Sektor awam dilaporkan berdepan dengan kekurangan doktor antara 14,000 dan 15,000 berbanding keperluan 25,000 orang, dan keadaan itu bertambah buruk apabila antara 300 dan 400 doktor meninggalkan perkhidmatan di hospital kerajaan lebih awal setiap tahun.

Kehadiran sekitar 3,000 doktor baru memulakan tugas setiap tahun juga tidak dapat menampung keperluan itu.

Tiong Lai berkata, keputusan mengenai pemendekan tempoh perkhidmatan wajib itu akan dibuat menjelang hujung tahun ini. – Bernama

ni pula berita yang pernah aku postkan kat blog aku ni yang diambil dari laman utusan malaysia tentang cadangan untuk memanjangkan tempoh khidmat wajib doktor dalam kerajaan. yang mana satu la betul ni. kekadang menteri pun boleh tersalah cakap.

Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjut
27/01/2010 12:28pm


PUTRAJAYA 27 Jan. — Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun, berbanding tiga tahun pada masa ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan yang berlaku pada saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya negara menghadapi masalah kekurangan doktor sebanyak 5,000 orang.

"Tiap-tiap tahun kita ada masalah kekurangan doktor kerana mereka ini hanya berkhidmat dengan kerajaan selama lima tahun, iaitu dua tahun untuk ”housemanship” (latihan) dan tiga tahun untuk perkhidmatan wajib, dan selepas itu mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

"Sistem ini digunapakai sejak 1971, jadi kita perlu ada mekanisme baru untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini hari ini. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0127&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm&arc=hive

No comments: