untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Sunday, February 28, 2010

salam alexandria

alhamdulillah cuti kali ini cukup menarik dan tertarik. cita cita untuk menjejakkan kaki di bumi mesir tercapai akhirnya. ada seminggu lagi percutian di mesir. seingat ana , mula menjejakkan kaki di tanah mesir pada 22\2 DI CAIRO AIRPORT. terus ana diambil oleh adik ke cairo. sempat seharian berjalan jalan di bandaraya cairo, berjalan ke city star, sebuah kompleks membeli bela terbesar di cairo.
mesir kalau dalam bahasa arabnya mim, sod, ro maknanya muhasabah, sabar dan redha. mesir memberi natijah dua perkara, sesiapa yang ingin mencari musa disini la tempatnya, sesiapa yang ingin mencrai firaun disini jua la tempatnya. segalanya ada di bumi mesir. terpulang pada diri untuk memilih. satu yang best kat Ramsis, ana boleh melihat banyak ambulans ditepi jalan ( ramsis merupakan pusat perhentian kenderaan awam) sebagai pusat menderma darah.
hari ke dua berziarah ke mansourah. sempat berziarah ke rumah sahabat sahabat lama maahad muhammadi lelaki. rindu sesangat kat muaz, sofwe, aniq, fattah, nabil, jihad dan lain lain yang tak tersebut disini. kebanyakan pelajar perubatan di mansurah adalah pelajar persendirian. boleh dikatakan kawasan mansurah ni agak lengan berbanding cairo yang agak padat. alhamduliilah ana berkesempatan hadir ke university mansourah kuliah perubatan.
sempat ke mauqif gadid dimana terletaknya ra'sul barr, tempat yang disebuat Allah didalam alquran, tempat bertemunya sungai dan laut. sungai nil dan laut mediterrineum.
alhamdulillah kalau, nka diceritakan , mesir cukup luas ntuk diziarah. ana sempat ke jabal musa, mendaki puncak gunung sinai yang bersalji dan cukup sejuk, ke tempat nabi musa berkalam dengan Allah, dari alexandria ke semenanjung sinai melalui terowong ahmad hamdi, yang melintasi terusan suez, ke kubu barlif, kubu terakhir tenterA zionis yang ditawan tentera mesir. menariknya kubu barli ini, ianya tidak mampu ditakluk mesir menggunakan serangan bom bom udara. ianya hanya mampu ditawan hasil daripada mimpi sheikhul azhar yang mendapat firasat mimpi menggunakan air untuk menawan kubu bawah tanah zionis. ana sempat masuk dalam kubu. sempat melawat mata air nabi musa, hamam firaun, kubu salahuddin alayubi, ke wadi arbain dimana tempat nabi musa bertemu 40 rasul, mengikut satu riwayat, bertemu 40 wali mengikut riwayat yang lain. akhir sekali disinai, perhentian last kami di taba, dimana terletaknya sempadan laut 4 negara, mesir, jordan, palestin dan arab saudi. selepas itu kembalilah kami ke kota iskandariah. penat mendaki puncak gunung sinai tapi alhamdulillah pengalaman yang cukup berharga buat yang mencari agama Allah tercinta.........................


dramin
salam dari alex
1\3\10

3 comments:

azliani ismail said...

kalau xsilap:
mesir : mim, sod, ro
musibah (ujian,cubaan dan dugaan)bukan muhasabah,
sabar dan redha

aku dr amin said...

mim: musibah bukan muhasabah

aku dr amin said...

mim: musibah bukan muhasabah