untukmu permataku
Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):
Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan
Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)
MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)
saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria
Followers
Thursday, January 28, 2010
"Setuju". Reaksi Untuk Masa Lebih Lama Bagi Doktor Pelatih
Oleh Zulkiple Ibrahim
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=431554
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- "Satu langkah yang baik", kata seorang pakar runding perubatan sebelum beliau menyertai sekumpulan doktor dalam satu pemeriksaan wad di sebuah pusat perubatan di sini.
"Setuju". Reaksi Untuk Masa Lebih Lama Bagi Doktor Pelatih
Pakar berkenaan memberi reaksi itu bila ditanya penulis tentang langkah Kementerian Kesihatan mewajibkan masa latihan bagi tempoh doktor pelatih dilanjutkan menjadi dua tahun mulai tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan pada 3 Ogos lepas.
Menurut beliau, langkah ini untuk menambah kualiti dan kebolehan pegawai perubatan dalam perawatan pesakit. Ia juga membolehkan pegawai perubatan lebih kompeten dalam merawat pesakit walau di mana saja mereka ditugaskan termasuk di kawasan pedalaman.
Menurut laporan berita, Dr Ismail juga berkata pihak kementerian mengambil langkah itu kerana ada beberapa pegawai perubatan mengakui mereka tidak begitu bersedia dan tidak berapa boleh memberikan khidmat yang bermutu bila dihantar bertugas di hospital atau klinik daerah selepas hanya satu tahun berkhidmat sebagi doktor pelatih.
SIAPA ITU DOKTOR PELATIH?
Doktor pelatih ialah seseorang yang baru dapat kelayakan untuk bertugas sebagai doktor perubatan dalam sebuah hospital.
Dikenali juga sebagai 'houseman' dalam Bahasa Inggeris, doktor pelatih bertugas di bawah seliaan pegawai perubatan yang lebih berpengalaman seperti pensyarah atau juga pakar.
Menurut istilah, doktor pelatih ialah mereka yang baru lulus kursus perubatan dan menjalankan praktikal di bawah seliaan hospital sebelum meneruskan kerjaya mereka di institusi tertentu.
APA TUGAS MEREKA?
Seorang ahli komuniti perubatan berkata: "Sebenarnya tugas doktor pelatih tidaklah teruk sangat".
Menurut beliau, yang juga seorang pensyarah perubatan, antara tugas asas doktor pelatih ialah merekodkan butiran pesakit baru dan riwayat perubatan mereka.
Kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke wad hospital memerlukan ubat secara 'intravena (IV)' dan ini merupakan tugas doktor pelatih.
"Jadi doktor pelatih diperlukan untuk menyediakan satu saluran IV untuk memudahkan pesakit menerima ubat melalui saluran darah," katanya.
"Doktor pelatih juga perlu mengambil darah pesakit untuk ujian dan beliau juga orang yang memberikan ubat atau antibiotik secara IV di dalam wad. Tapi preskripsi untuk ubat dan antibiotik diputuskan oleh pensyarah atau pakar di mana doktor pelatih hanya menulis preskripsi itu di dalam fail pesakit.
"Mungkin kerana doktor pelatih bertugas selama 24 jam dan harus bersedia dalam panggilan (on call), mereka akan berasa tertekan," kata pensyarah itu.
PANDANGAN
"Langkah memanjangkan tempoh latihan doktor yang baru mendapat kelayakan adalah baik kerana ia boleh mengurangkan masalah yang bersangkutan dengan rungutan daripada umum tentang keupayaan klinikal yang tidak memuaskan serta mutu rawatan yang tidak mencapai apa yang diinginkan," menurut seorang pengamal perubatan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Ilham dari Rawang dekat sini.
_ID_5431799868215810626" />
Menurut Dr Ilham, perlu ada lebih hospital yang memberi latihan kepada doktor-doktor pelatih.
"(Tetapi) hospital-hospital yang terpilih perlu ada kelengkapan yang mencukupi serta suasana (kes penyakit dan wad) dan pakar perubatan untuk memastikan penyeliaan yang mencukupi," katanya.
Seorang lagi pegawai perubatan, Dr S. Vanu, yang turut menyambut baik langkah kementerian itu, berkata langkah berkenaan akan mengurangkan isu 'doktor yang kurang cekap'.
"Kita ada terdengar kes di mana doktor pelatih yang memberi ubat tersalah dos (sukatan yang lebih) dan juga tersalah ubat. Ada juga pesakit merungut doktor pelatih terpaksa mencucuk lengan mereka berulang kali bagi mendapatkan sampel darah untuk ujian," kata beliau.
Menurut Dr Vanu, dengan tempoh dua tahun sebagai latihan untuk doktor pelatih, kini doktor-doktor mempunyai lima tahun termasuk tiga tahun khidmat wajib bersama kerajaan untuk menimba pengalaman.
ADAKAH ANDA BERSETUJU???
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment