untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, November 24, 2009

masa al khair

SALAM SEMUA yang sudi mengikuti perkembangan Dr amin di blog ni
insya allah ana terpaksa menghentikan BUAT SEMENTARA segala post terbaru di blog ini atas masalah peribadi. andaikata diizinkan Ilahi pasti ana akan kembali menulis.

terlalu banyak perkara berlaku akhir akhir ini membuatkan ana agak KECEWA DAN DERITA. rasanya terpaksa berhenti seketika dan kembali mencari diri ana sendiri yang ana telah hilang. mungkin dalam masa terdekat ini ana terpaksa buat beberapa keputusan yang agak mengejutkan dan mengecewakan.

Ya Allah, yassiri wala tuassiri.
Ya ALLAH, sabbit Qalbi a'la dinika.

" terkadang impian yang tinggi bisa membuatkan kita lemas dan hanyut;
tatkala itu kita tewas dan terpelosok jauh dari Rahmat Ilahi;

biarlah watu yang berlalu pergi bersama perginya segala kenangan indah,
hari esok walau penuh kesukaran pasti akan kembali bersinar dengan satu matlamat yang indah

aku yang masih bernama
dramin
manipal
india
11 pm nite
wednesday

5 comments:

aku dr amin said...

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alamin, tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada tuhannya kecuali Jin dan manusia yang sombong diri. Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran dan Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. Siapakah orang yang dungu kepala otaknya? Adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya

aku dr amin said...

aku cukup tenang rasanya

bintuismail said...

Tuliskan rancangan-rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah. Izinkan Allah memadam bahagian-bahagian yang kurang tepat dan menggantinya dengan rancangan-Nya yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita hamba-Nya..

bintuismail said...

Firman Allah dlm surah Al-Ankabuut ayat 2 yg bermaksud: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

~Ujian diberikan Allah untuk menyedarkan kta yg sntiasa leka dgn nikmat dunia dan utk melihat sejauh mana pergantungan kita pada-NYA..sntiasalah bertawakal kpd Allah dlm setiap tindak-tanduk kita..i.Allah kita akn sntiasa tenang dlm apa jua situasi~

aku dr amin said...

kita gah untuk mengejar sesuatu sehingga terlupa sesuatu yang paling berharga yang kita miliki terlepas jauh dari kita. dan tatkala itu kita diselubungi resah dan perasaan pilu yang teramat