untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, November 6, 2009

hidup seorang muslim

semalam terukir segala kematangan, hari ini penuh tanda tanya, esok bakal mengundang seribu persoalan. betapa apa yang berlaku semalam penuh dengan emosi emosi indah untuk diingati. betapa hidup bangun seorang yang bergelar hamba pada Tuhan, walau penuh dengan dosa dan noda, tetap sekelumit harapan dipohon padaNya.

waktu kan silih berlalu, betapa pengalaman seakan mengajar erti buat seorang manusia yang sering mencari cari hakikat hidup yang sebenar. bukan mudah untuk mengerti segalanya, kerana hanya yang benar benar memahami sahaja akan sedar betapa jauh sudah perjalanan. titi itu bergoyang seakan hampir memutuskan segalanya. sanggupkan untuk terus melangkah betapa gaung itu umpama panas yang mencarik carik. nak bersandar seketika, penuh nggauman ngauman ngeri menanti untuk menghancurkan diri. jauh disudut hadapan, terungkap samar samar cahaya menanti, semakin malap dan pudar.

tewas dalam lingkungan yang kaku. tak terdaya untuk memaling lagi. dunia umpama sebesar zarah, terkunci segalanya. betapa hanya pengalaman semalam yang masih bersinar memberi sebuah harapan bahawa hari esok tidak selamanya suram.

teruskan menyusuri lembah hitam itu andai langkah masih mampu untuk menerjah walau hanya engsotan yang mampu diukir. biarlah mata mata tajam merenung jauh dikegelapan malam, biarlah gigi taring menanti untuk menerkam, yang pasti dunia tidak terhenti hanya disini. putarannya pasti akan berulang.

hanya yang mengerti akan memahami......

manipal
india

1 comment:

melatidaisy said...

salam dr amin

entri ini tlh mmbuatkan hati sy berdebar dan jantung sy berdegup kencang..

hanya yang mengerti akan memahami..
syukran~