untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, May 22, 2009

perjuangan tetap satu perjuangan

Dalam kolum terbaru ini, ingin sesekali dramin berkongsi tentang satu tajuk berkaitan sebuah perjuangan. terlebih dahulu ada satu kata kata indah yang ingan dramin kongsikan dengan kalian semua. Dato seri Abdul Hadi pernah berkata :

"Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri
."

kata kata ini pernah dramin nukilkan didalam frienster blog dramin. terima kasih buat tuan guru atas kata kata yang cukup memberangsangkan itu.
hakikatnya sebagai seorang manusia kita adalah hamba yang cukup lemah disisi ALLAH. Dialah pembuka pintu rezeki malah dialah jua yang mampu menutup segala pintu rezeki. sebagai seorang manusia, kita disuruh untuk berusaha dan berjuang demi menegakkan agama Allah tercinta dimuka bumi ini. sebagaimana firmanNya yang bermaksud
"kamu semua wahai umat Muhammad adalah terbaik umat yang dikeluarkan kepada manusia, kamu menyruh kearah jalan kebaikan dan kamu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran"
itulah perjuangan kita selaku seorang mmukmin diatas muka bumi ini ini tatkala Allah berkata kepada malaikat didalam surah albaqarah ayat ke 30:
dan ingatlah tatkala Tuhanmu berfirman kepada para malaikat " Aku hendak menjadikan khalifah ditas muka bumi ini" mereka berkat " apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih dan memujiMU dan menyuci namaMU? Dia berkata" sungguh aku tahu apa yang tidak engkau tahu". sodaqollahuaAzim
dr amin pernah berkongsi pandangan tentang aopa sebenarnya yang ALLAH tahu sedang malaikat tidak tahu pasal peribadi seorang manusia. jawapannya berbalik pada ayat sebelumnya iaitu umat muhammad adalah terbaik umat kerana menyuruh manusia kejalan kebenaran dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. tatkala disana ada manusia manusia yang sering melakukan dosa dan syirik pada Allah pasti akan lahir satu gerombolan manusia yang berjuang di jalanNya dan menentang kemungkaran. itulah takdir Allah yang telah ditetapkan sejak azali lagi
oleh itu sudah tiba masanya kita sebgai umat yang terbaik yang tellah dijanjikan dengan syurga bangkit dari lena yang panjang. sudah tiba masanya kita bergerak kehadapan tanpa melihat kerusakan yang telah kita lakukan. biarkanlah masa lalu itu menjadi kenangan yang terindah. maralah kehadapan demi sebuah perjuanag yang suci semata mata untuk menegakkan AGAMA ALLAH diatas muka bumi ini.
Bilamana dia menguji seorang hamba dengan kekurangan, ketewasan ,kegagalan sebenarnya dia amat sayang padahambanya. sekian.
insya allah dramin akan menduduki blok xm pada 6/5/2009 nanti. doakanlah semoga dramin akan lulus dan ujian pertama dramin di manipal selaku 2nd year student ini. amin ya Rabbal ALAMIN..............

2 comments:

hazwanihamzah said...

assalamualaikum... gudluck amin.. all d best.. ^_^

aku dr amin said...

tq wani. insya allah