untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, October 29, 2009

sanah helwa

lama sudah untuk dicoretkan, namun payah untuk mulut berkata kata, payah lagi untuk hati membuat penilaian sebuah kehidupan. terkadang dalam mengejar sesuatu, kita lupa ada sesuatu yang kita tinggalkan. mudahkah untuk menjadi manusia sempurna.

dalam mencari sebuah kehidupan, kita diuji dan terus diuji. terkadang kita tewas dalam hidup. ia menjadi satu trauma yang cukup dahsyat. tidak mampu untuk hati berkata kata. tertutup segalanya. yang tinggal hanyalah secebis keinginan untuk terus melangkah. walau langkah yang ada itu cukup songsang.

bukan mudah untuk menjadi seorang manusia. lebih lagi dalam meiti sebuah pergolakan hidup jauh diperantauan. terkdang ada sahaja hati yang terluka, ada sahaja perbuatan yang mengecewakan, ada sahaja matlamat yang terlupa. semua itu menguji sebuah perjalanan dalam mencari erti sebenar.

air mata mampu sahaja untuk mengalir, mudah sahaja untuk orang berkata kata, namun yang pasti hanya hati yanmg mengerti segalanya. izinkan sekali untuk meluahkan segalanya. andai ada yang terguris, terimalah dan moga ada dosa yang terampun. andai ada yang terluka, aku bukan jua yang terbaik diantara kita semua. andai ada yang kecewa, aku lagi kecewa. andai ada yang tidak mengerti, aku jua lebih lagi seperti kalian semua.

izinkan masa itu terus pergi meninggalkan segalanya. esok masih mencabar dan penuh dengan pergolakan. biarkanlah camar yang patah sayap itu terus terbang tinggi dengan penuh kepayahan dan kesukaran. jangan lukari ia lagi. moga ia tidak akan sesekali patah dan berputus harap dengan cita yang dia ingin tujui.
izinkanlah buat sekali lagi yang terakhir.

moga kematangan terus meniti dihati ini. biarlah sebuah keindahan itu terus mekar bersama bertambahnya umur. kerana semua itu bakal mematangkan lagi perjalanan insan yang aku gelarkan ia " aku budak medik ". izinkan utuk ia nmengucapkan selamat maju jaya dan teruskan berusaha sempena hari lahirmu yang ke 22 ini. matanglah untuk menjadi seorang manusia yang berdaulat dimata dirimu sendiri. biarlah sekali rebah, biarlah sekali air bah.

selamat menyambut hari lahirmu yang ke 22. engkau sudah cukup dewasa untuk mengerti segalanya

aku yang bergelar
aku budak medik
dramin
dilahirkan pada 2/11/1987
cukup berumur 22 tahun pada 2/11/2009
semoga pengalaman itu terus mematangkan hidup kita semua.

Friday, October 23, 2009

bila tok guru bersuara lagi

http://www.blogtokguru.com/
kali ini tok guru nik abdul aziz bersuara lagi. bagi rakyat kelantan terutama yang amat kenal akan peribadi beliau, amat faham. andai tok guru bersuara akan sesuatu, pasti ia lahir ikhlas dari hati sanubari beliau. payah untuk beliau sebenarnya selaku mursyidul am melihat usaha selama ini yang dicurah pejuang pejuang islam akhirnya sia sia.
semua kena faham satu perkara. PAS walaupun dianggap sebagai satu badan dakwah di malaysia yang sering berusaha memahamkan masyarakat akan pentingnya islam itu memerintah, jangan lupa PAS juga sebuah badan politik. dan sebagai bandan politik, nak tak nak matlamat akhir PAS adalah untuk memerintah negara dan seterusnya mendaulatkan Islam dimalaysia dengan cara mendapatkan kuasa. kerana bagi PAS kuasa itu penting untuk menggerakkan islam.

jika diikuti sirah pun, antara seb ab Rasulullah SAW berhijrah ke madinah adalah untuk menubuhkan Negara Islam Madinah yang pertama. itulah kuasa memerintah. nabi itu sendiri adalah Perdana Menteri Madinah. bila berkuasa, nabi membina masjid nabawi yang pertama sebagai tempat solat, pusat pentadbiran dan tempat mesyuarat perang. islam mula berkembang dan dihormati.

sia sialah andai perjuangan selama ini andai pemimpin PAS masih tak faham juga akhirnya akan menjadi sia sia. buat apa berjuang penat lelah tapi akhirnya kita sendiri memusnahkan perjuangan yang kita bina. Sedarlah PAS kadang kadang sudah dilahat UMNO dalam Pakatan Rakyat akibat suara suara sumbang beberapa individu dalam PAS sendiri. Sedarlah dan bangunlah untuk terus sedar yang PAS adalah parti Islam bukannya parti perkauman Melayu. jangan sesekali ikut rentak sumbang. perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam dimalaysia.
fikirlah baik baik. jangan sampai selangkah lagi untuk berkuasa, akhirnya kita yang memusnahkan segalanya. semoga tok guru nik aziz dipanjangkan umur untuk terus melihat PAS terus berada dilandasan yang betul. buat tok guru, kami terus berdiri dibelakang anda bersama PR. INSYA aLLAH

Friday, October 16, 2009

tercapai sudah hajat

malam ni tercapai sudah hajat aku. nak mengimami solat hajat kat rumah aku ni kat manipal. dengan berjubah, aku melangsaikan segala hajat aku dengan gembiranya. Moga Allah merahmati aku dan kekawan ku semua. you all sporting la sebab datang. kecuali iszaid. ish. Maharaja ni. aku dah ajak dan merayu pun masih resistant jugak. geram. thanks buat Fairuz yang sudi datang buat air walau sibuk ngan MSP dia, thanks buat Shah cula yang sudi menggoreng keropok keping yang habis sampai Padey SUlong tertanya tanya kopok mana amin?. thanks jugak yang sudi menyediakan kari ayam dan tomyam ayam serta bihun percuma. thanks buat semua la yang sudi datang. baroque, iqbal hafizi, noba, sadiq dan bla bla bla................ hua hua.

malam ni kena kemas rumah ni. sepah sangat ni. ah. penat. sekian wassalam


( gambar hiasan : adik bongsuku dan 2 anak sedara)


aku yang sentiasa berada di manipal
india

bila minda mula merantau

jauh perjalanan sebuah minda. hasil satu pengalaman yang membuatkan cita cita tidak pernah luntur. jalannya sentiasa lapang walau kekadang terlalu banyak penghadang penghadang. namun bukankah semua itu sudah satu lumrah satu kehidupan. yang mana andai lurus betul sudah pasti nikmat satu keajaiban itu payah untuk dimengertikan. hany melalui satu pergelutan sahaja manusia akan tahu betapa kuasa minda itu muncul dan menjelma menjadi satu senjata yang termata istimewa

lurah itu walau muncungnya cukup tinggi tidak pernah terfikir akan kepayahan bagi sang pendeta kerana itulah kebesaran dan keagungan tatkala pulang ke pangkuan bonda. andai tidak apa bezanya pendeta dan mereka yang kakinya bergelumur di atas tilam empuk. biarlah sesuatu itu berlaku kerana pasti kesannya hanya akan tiba bila masanya tiba.

yang penting tujukan mida mendepani jauh ke awan awangan agar jalan itu terus jernih disebalik keriuhan keriuhan dan kepayahan yang melanda.

Wednesday, October 14, 2009

lemparkan senyuman

hari ini andai hidup kit umpama sebuah tong sampah yang penuh dengan sampah yang sangt busuk, ketahuilah walaupun dihina ia tetap ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan. bukan mudah untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Banyak halangan dan can=baran yang menimpa. dan ianya lagi tidak mudah untuk manusia biasa macam kita, anda dan saya. namun itulah yang dinamakan sebuah kehidupan. seumpama roda yang sentiasa berpusing. suatu masa ia berada diatas, ia berbangga dengan penuh keagungan, satu masa ia pasti akan mengalami proses kitaran sebuah kehidupan. ia masam, mata penuh linangan air mata mengenangkan betapa azab dan sengsaranya\

namun, ia tidak pernah merasa sesekali akan putus asa dan hina. kerana ia Ada seseorang disisi yang sentiasa memberi semangat padanya. DIA ada Allah yang sentiasa bersamanya walau hidupnya penuh dengan lilitan tahi tahi yang terpijak. dia tahu dia tetap perlu teruskan sebuah kehidupan . mengapa mesti biarkan roda itu berhenti sedangkan hari esok penuh dengan tanda tanya.

biarkan roda itu terus berpusing mengalami proses kitaran semulajadi. insya Allah penuh dengan berkat kesabaran, hari ini yang malap pasti akna bersinar. yang jelas kuasa terletak ditangan Dia. carilah sebuah kesabaran dengan penuh redha dalam meniti kehidupan. tiada dalam diari kamus seorang muslim akan perasaan berputus asa. jadikanlah kenangan semalam pembakar semangat untuk hari esok yang pasti akan menjelma. jangan sesekali menidakkan diri sendiri. semuanya telah ada dalam takdir yang Berkuasa.

yang penting senyumlah kerana selepas segala masalah yang timbul, pasti sinar akan kembali menjelma bersama satu kepuasan hidup.

P/S TAkziah buat keluarga seorang sahabat yang baru sahaja meninggal dunia di mysore india. beliau merupakan seoarng pelajar perubatan di mysore tahun akhir. pada masa ini jenazah berada di bangalore untuk proses p[enghantaran pulang keMalaysia.

dramin
manipal
india

Monday, October 12, 2009

Tahniah buat BN

nak tak nak hari ini kita semua kena mengucapkan tahniah yang amat sangat buat Barisan Nasional yang baru sahaja memenangi pilihan raya Bagan Pinang atas kemenanga pertama calon rasuah, isa samad selepas lebih 8 kali kalah teruk ditangan Pakatan Rakyat. memang jelas kali ini rakyat Bagan Pinang langsung tidak kesah untuk memilih pemimpin yang kaki rasuh, pemimpin yang jelas telah ditolak oleh UMNO sendiri dari jawatan naib Presiden UMNO, pemimpin kitar semula.

walau apa pun rakyat dah buat keputusan. biarlah kali ini Umno bergembira bersama kuncu kuncunya. apa nak diheran memang dasar Umno penuh dengan rasuah dan politik wang. bak kata tok guru nik aziz, umno selaku parti nak kata parti melayu akhirnya akan hilang ditelan masa juga. sejauh mana mereka nak hidup dalam lingkup aspek perkauman selagi islam tidak menjadi teras perlembagan untuk didaulatkan.

marilah bersama PAS dan PR kembali bermuhasabah. walau apa pun alasannya , inilah masanya untuk kita kembali menilai. mungkin satu kekalahan itu mampu membangkitkan PR dari tidur lena atas kejayaan selama ini sebelum bermulanya pilihanraya ke 13 nanti. jgn biarkan dan wujudkan apa apa kontroversi atau persengketaan pendapat terbuka sesama ahli PR terutama berkaitan perjalanan kerajaan PR.

semoga segala usaha kita selama ini dimakbuklan ilahi.

PAS for All

dramin
manipal
india

Saturday, October 10, 2009

alcohol: janji Allah dan manusia

minggu ni kalau bercerita pasai forensik, tak lain dan tak bukan bab alkohol. alkohol merupakan salah satu kandungn utama arak . arak pula memang sebelum diharamkan merukana minuman utama sahabat sahabat nabi sendiri, namun bilaman diwahyukan pengharamannya oleh Allah, semua beristighfar dan mencurahkan saki baki yang tinggal kerana cintakan Rasul dan patuh akan arahan Allah.

bila islam kata suatu tu haram, bererti adalah sebab dan musababnya. itulah keadilan islam. islam bukan agama yang zalim. zalim dari segi bahasanya bermaksud : meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. itu bukan pada pandangan islam. islam lahir untuk menguruskan kehidupan manusia supaya teratur. membuka mata jahiliyah kepada kebenaran.

lebih lagi bilaajaran islam mula diperdebatkan mengikut aliran sains dan banyak hukum hukum mula dibahaskan oleh ahli ahli sains terutanya yang berkaitan kemudaratan pada jiwa. mengapa islam mengharamkan arak, judi , babi, berzina, dan sebagainya. bagi seorang muslim, syarat utama adalah patuh pada arahan Allah sebagai pencipta. bagi orang kafir, mula menyaksikan betapa indah ajaran islam itu.

pengharaman arak bukan kerana kita taat pada Allah semata mata, namun sains sendiri telah membuktikan bahawa arak bukanlah satu ubat untuk badan manusia mengikut kesesuaian dos. ini dibuktikan melalui 2 syarahan kuliah yang pernah saya sendiri ikuti sepanjang pengajian di melaka manipal medical college, manipal india ini.
pakar forensik, pakar patologi semuanya menyangkal akan kebaikan dari nilai setitik arak itu. andai sains sudah menolak arak, dan islam sendiri terus menolak arak, mengapa kita sebagai manusia yang biasa tidak lebih dari pengikut ini masih mahu dalam kejahilan abadi

bersamalah kita menghayatinya

akudramin
manipal
india 2.00 petang

Thursday, October 8, 2009

bila senja menjelma

mudah sahaja untuk hari ini berlalu menjadi semalam. esok walau ada dia tidak akan menunggu sekali kali. ia juga akan berlalu sebegitu andai tanpa ingatan dan jagaan yang mantap

benar firman Allah yang berbunyi dipermulaannya demi masa. Allah bersaksi demi masa menunjukkan betapa berharganya masa itu. ia bukan emas malah lebih dari itu.

namun biasa manusia mudah lupa. diakhirnya baru mengaku sebuah penyesalan. bukannya sudah tak berguna lagi. masih ada harapan buat mereka yang masih menagih janji Allah selagi nyawa masih dikandung badan. jangan sampai usia dah tua , hati masih tercari cari sinar kebahagiaan yang sebenar. tidak semua manusia mempunyai masa umpama tun dr mahathir mohamad. bayangkan andai ini adalah hari terakhir kita.

jomlah mulakan segalany hari ini moga kita akan terus diberkati

aku dramin
manipal
india

Tuesday, October 6, 2009

berpakaian tapi telanjang

ramai jugak yang bertanya ana, amin apsal zaman skarang ni dah jarang sangt ustaz ustaz bercakap pasai menutup aurat. kalau ada kuliah agama pun payah nak dengar. apa la nak dijawab kalau yang hadir depan duk dengar kuliah agama tu bini bini pak menteri tu dan ni, takkan la ustaz yang makan gaji ni nak cakap rambut tui adalah aurat bagi seorang pempuan. payah la. lebioh lebih lagi zaman dimana ramai yang bercakap pasai equal right dan persamaan gender ni. kalau kita sentuh sikit pasal aurat wanita ke , mulalah mereka yang mengaku pejuang wanita ni bangkit mempertahankan hak mereka untuk berpakaian. dah tu lupa ke mereka dunia ni sapa punya, hidup mereka ni sapa punya. asyik bercakap pasal hak mereka, mana hak Allah yang menciptakan kita, yang menetapkan hukum hukum atas kita?. ke kita nak hidup atas dunia je, akhirat nak buang kat mana?

pastu ada plak yang asyik duk bangga ngan fesyen 2 barat. berjaya sungguh puak kristian dan yahudi kan. berpakaian tapi telanjang ingatlah sebuah hadis dari baginda rasul :

sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)

nak kata menutup aurat ni sebenarnya cukup simple.

orang lelaki cam rosyam nor tu contohnya aurat dia dari pusat ke lutut. ok kat situ

orang pompuan plak cam datin rosmah mansur: aurat rambut sampai ke kaki. kecuali kedua tapak tangan dan muka. baju plak tak ketat menampakkan badan. pakailah baju yang labuh skit lebih paras pinggul. tudung plak menutupi dada. tak apa. semua tu jagaan dari yang maha Esa.

Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha:

َ

Maksudnya:

“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)



Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:

1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.


sekian. bersama menjaga aurat kita

aku dramin
manipal

Saturday, October 3, 2009

keep smiling

hari ini aku dapat sebuah penanda buku. ianya cukup istimewa sebenarnya kerana disiti ada satu kata kata yang berbunyi:

hold on to your dream
never let them go
beleive that good things
are possible and mistake
are lessons of discoveries
give circumstances a chance
give others a benefit of doubt
rely on the strenght
you have inside
let loose of the sparkle and spirit that you
sometimes try to hide
stay in touch eith those
who touch your life with love
look on the bright side
and dont let adversity
keep you from winnning
be yourself because
you are filled with special
qualities that have brought
you this far and that will
always see you through
keep your spirit up
make your heart happy
and let it reflect on
everything you do!

thanks a lot

akudramin
manipal
india

Thursday, October 1, 2009

belajarlah memahami kelemahan diri

hari ini syawal berkumandang tiba bererti berlalulah sudah ramadhan meninggalkan kita. seumpama bagi seorang mukmin , baru semalam i ramadhan yang menggamit seribu satu suka dan duka

ramadhan bulan penuh kesyukuran, bulan ibadah, bulan mengumpul pahala dan usia dengan terbitnya lailatul qadar. bagi ynag mencari beruntunglah manakala bagi yang masih terus mengiakan ramadhan semalam, berdoalah kepada Allah agar ramadhan akan datang dipankjangkan usia

syawal penuh kemaafan sesama muslim. menyambut syawal dengan khutbah dan solat sunat aidilfitri. mengalir air mata mengenangkan besarnya zat yang maha Esa tatkala melafazkan takbir. mungkin juga mengenangkan lemahnya diri berbanding Dia, hinanya diri ini. betapa banyak ujian Allah kepada kita, terkadang kita bersyukur, ada kala kita kufur. bagi yang diberi ganjaran berupa harta, anak, kepandaian - bersyukurlah dan penuhi ia dengan alhamdulillah.

bagi yang diberi kekurangan dalam harta, ujian dalam kegagalan, panjatkan usaha dan tawakkal agar Dia terus menguatkan diri dalam menempuh ujian ini. tiada dalam diri seorang mukmin samada dia seorang ustaz cam Akhil Hay, seorang penyanyi cam Siti Nurhaliza, seorang pemimpim cam Abdullah Ahmad Badawi dan sebagainya akan sifat berputus asa kerana ia bererti ketidak redhaan terhadap Allah. sudah pasti apa yang terjadi dibawah pengetahuan Dia semuanya

marilah bersama kita panjatkan syawal yang berbaki dengan puasa 6 seperti yang diajarkan. selamat datang kepada batch 25 Melaka Manipal Medical College. kepada semua dari perhubungan IYA dan seluruh anggota IYA kami memohon seribu kemaafan andai ada salah dan silap. marilah bersama belajar dari kelemahan diri kita sendiri. moga hidup ini diredhai Allah.

dramin
manipal