untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, July 29, 2009

bila budak sekolah agama buat dosa

teringat kata kata seorang USTAZ bilamana ana berada di sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, sekolah yang banyak membantu ana menjadi seorang manusia seperti sekarang.
" apa beza bilamana budak sekolah agama buat dosa dengan budak sekolah menengah biasa buat dosa?"
semua terpegun dan tercari cari jawapan untuk dijawab pada sang Ustaz
" Ustaz menjawab lagi. bezanya senang aja. budak sekolah biasa buat dosa dapat 1 dosa manakala budak sekolah agama buat dosa dapat 2 dosa". kata nya
" camana tu yer Ustaz?" semacam ada persoalan yang timbul dibenak kami semua.
" senang aja. budak sekolah agama ni kan jadi ikutan ramai orang. so bilamana dia buat dosa satu dosa tu akan terkena dirinya sendiri, satu lagi dia menjadi FITNAH pada Agamanya. cube tengok, bila budak sekolah agama buat dosa apa orang cakap? tengok tue budak sekolah agama pun buat jugak benda tu, so aku ni budak biasa je pun kira boleh buat jugak la". kan simple tue. kata sang Ustaz.
" emm betul tue".
cube pula lihat akan kata kata indah Saidina Abu Bakar Alkhattab tatkala baginda dilantik menjadi Khalifah Islam pertama

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.

sambung nya lagi :
'Amma Ba'du. Sesungguhnya saya telah di­nobatkan. Namun al-Qur'an turun, dan Rasulullah mengajarkan sunnah-sunnah. Lalu kami diajari sunah-sunnah itu dan kami tahu. Maka ketahuilah wahai manusia secerdas-cerdasnya manusia adalah orang yang bertakwa, sedangkan orang yang paling lemah adalah orang yang ingkar. Sesungguhnya orang yang paling lemah di antara kalian adalah orang yang paling kuat hingga aku ambil untuknya hak-hak­nya. Dan orang yang paling kuat di antara kalian adalah orang yang lemah hingga aku ambil darinya hak-hak orang lain. Wahai manusia, sesungguhnya saya ini adalah orang yang mengikuti jejak Rasulullah, dan saya bukan orang yang membikin-bikin hal yang baru (mubtadi'). Jika saya melakukan hal yang baik, maka bantulah saya dan jika saya melakukan hal yang jelek, maka luruskanlah saya. Saya akhiri khutbah ini, dan saya minta ampun kepada Allah untuk saya dan untuk kalian.

inilah dia sifat dan pensyaratan seorang pemimpin menurut pandangan Imam Malik.
mungkin sahaja kita perlu mengetahui betapa siapapun seorang itu pada pandangan manusia, dia tetap seorang biasa disisi Tuhan. terkadang dia juga ada melakukan kesalahan dan kesilapan. dia juga memerlukan seorang teman untuk memperbetulkan keadaan yang salah.

Nilai seorang pemimpin adalah untuk memimpin dan menjaga semua yang berada dibawah jagaannya. pemimpin yang kuat tidak takut untuk menegur akan kesalahan dan kesilapan yang terjadi kerana suatu hari nanti dia akan disoal oleh Allah terhadap semua yang terjadi dibawah pengawasannnya.

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :

Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda dengan maksudnya :

” Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga”.
Sadaqa Rasulullah.

Bagaimana pula dengan nilai mereka yang melantik pemimpin tersebuat. sebagaimana kata kata indah saidina Abu Bakar, andaikata pemimpin itu ada melakukan kesalahan dan kesilapan dia juga perlu ditegur supaya dia lebih berhati hati dalam setiap tindak tanduk nya.

Beratnya menjadi seorang pemimpin ini berat lagi untuk menjaga sebuah jemaah Islam yang bermatlamat untuk menjaga Agama Allah. setiap langkah menjadi perhatian umum. setiap tindakan akan diperhalusi. sekecil kecil kesilapan itu adalah cukup besar pada pandangan manusia lain.

seumpama kata kata indah: aku hanya manusia biasa, andaikata aku ada melakukan salah dan silap aku bersedia ditegur untuk menjadi manusia yang lebih baik. tiada manusia yang maksum kecuali para nabi Allah.

terima kasih atas teguran kawan kawan terhadap diriku yang serba kerdil dan hina ini disisi Allah. Insya ALlah aku akan lebih berhati hati dalam setiap bual bicara, tingkah lakuku. dan ana sebenarnya cukup gembira bilamana setiap gerak geri ana diperhatikan kerana ana tahu bilamana ana ada buat salah silap pasti akan ada teguran terhadap diri ana sendiri.

semoga kita semua akan dirahmati Allah.

aku yang bernama
dramin

Sunday, July 26, 2009

kita mencari cintaNya

kita mencari cintaNya
namun seringkali tidak bertemu
tersesat
tewas
hati langsung tidak terbuka
kecewa
putus harapan
berhenti tiada haluan
dalam mencari makna hidup
menitis air mata
sebak dada
tiada lagi upaya untuk berkata kata
baru mengerti betapa lemahnya
berbanding DIA

satu langkah lagi
mengapa dia tidak menunggu
dan membiarkan kita melangkah
hanya satu langkah lagi
tapi Dia tetap tidak membenarkannya
mengapa
kita bertanya
pertanyaan yang tak terjawab

bak kata ustaz
kita hanya mampu merancang
Allah yang mengetahui segalanya

ingatkah kisah junjungan besar
Nabi SAW dengan bapa saudaranya
ingatkah
tatkala Abu Thalib hampir menghembuskan nafas terakhir
Baginda hadir disisinya
ayahandaku, ucapkanlah syahadah
yakinlah Allah itu hanya satu
dialah tuhan yang patut disembah
hampir hampir Abu Thalib mengucapkan syahadah
Jangan! jangan! Abu Thalib
kata sahabat pembesar Quraisy jahiliyyah
akhirnya?
demi semangat kebangsaan
tewas Abu Thalib dalam cengkaman jahiliyyah

menangis Rasul SAW
Aku tidak mampu memberi hidayah padamu ya Abu Thalib
Allah menegur Nabi
hanya aku yang layak memberi
taufiq dan hidayah pada hambaku
menunjuk jalan kebenaran
namun kerana dia banyak membantumu dalam
perjuanagan Islam
ditempatkannya ditempt yang paling ringan siksaannya

Ya Allah.
hanya engkau yang berkuasa segalanya
qada dan qadar itu ditanganMu
bantulah kami dalam membantu Agamamu
janganlah biar kami tewas tatkala selangkah untuk kami berjaya

sodaqallahul Azim
aku yang bernama
dramin

Saturday, July 18, 2009

sms tazkirah sabtu : IYA



Biro perhubungan IYA akan melancarkan " sms tazkirah sabtu" buat semua penduduk mmmc manipal. anda diminta contribute dalam usaha dakwah ini hanya dengan meng"spread"kannya dengan sms free yang anda dapat selain dari sms kawan, mak ayah dan sahabat terdekat anda. mudahkan untuk berdakwah. sms ini akan disertaka no telefon AJK perhubungan terbabit. jom jadikan sms satu wadah dakwah baru kita. sekian salam sayang buat semua penduduk mmmc manipal.


p/s sedap jamuan kat valley view sempena kehadiran en. khairuddin, pegawai JPA tempoh hari. harap harap dapat datng selalu. boleh makan free. huhu

Tuesday, July 14, 2009

demam

bila Allah uji kita
seluruh badan tidak berupaya
anggota tidak mampu untuk bergerak
sendi luluh
minda tidak mampu untuk berfikir apa apa
badan menggigil kesejukan
badan panas bagaikan teruk terbakar
terlantar di atas katil
terasa berat untuk bangun
seumpama batu batu menindih tubuh
yang cukup kerdil ini
hidung berair
mata terasa pedih
kepala berpusing pusing
tidak mampu untuk berdiri tatkala ingin solat
yang ada hanya secebis cinta kepada Allah
terasa cukup letih dan lenguh untuk mengambil wuduk
solat diakhir waktu
tabahkan jua hati untuk bersolat
walaupun dalam keadaan duduk
moga atas segala kelemahan dan dosa dosa yang pernah dilalui
Dia mengampunkan hambaNya yang lemah ini.
syukur padaNya
sekurangnya Dia memberikan peluang
bermuhasabah terhadap dosa dosa yang pernah dilalui
baru tatkala itu kita sedar
betapa lemahnya kita
berbanding Dia
Pencipta

p/s syukran buat sahabat2 yang bagi buah, yang bagi tablet vitamin C tue, yang datang ziarah, telefon bertanya khabar dan yang sms bagi doa juga. dan buat roommate ku juga. huhu

Friday, July 10, 2009

anak sedara ke 9

dalam senyap senyap rupanya ana dapat anak sedara baru yang ke 9. banyak sgt benda yang berlaku akhir akhir ini membuatkan ana rasa sedikit sedih dengan diri ana sendiri. kekadang ana hanya manusia yang lemah. tak terdaya nak uruskan diri ini.

Ya Allah. tapi dalam keadaan itu dapat juga berita yang menggembirakan. satunya ana akan bertemu mata dengan adik kesayangan ana yang tengah belajar di ain syam university, cairo raya nie. sempatla berjumpa di kelantan rumah bonda tercinta.wahai adikku yang comel, puteri ayah dan bonda, abang rindu sangat kat adik. rasanya hampir 3 tahun dah kita tak berjumpa. cayang adik.

yang kedua ana dapat anak sedara lelaki yang baru. adus ayah dapat cucu baru. moga dia bakal menjadi penyeri abi dan umminya. hazim pasti gembira dapat teman baru.

"Alhamdulillah... Adik Hazim telah selamat lahir pada 6hb Julai 2009 jam 12:44 tghari di Hospital Mukah, Sarawak. Berat semasa dilahirkan 3.07kg. Moga2 bakal menjadi pejuang yang menegakkan agama allah". dipetik dari blog abang joe.

bertambahlah lagi keluargaku. gembiranyaaaaaa.

mana foto dia. ni la baby yang cute tue

ana tertanya juga ada mirip Pakcik Amin ke? ni nak jadi doktor cam pakcik amin jugak ke? tak yah la yer. jadi ustaz cam abi
apapun nanti jumpa pakcik amin time raya. banyak duit raya nak bagi nie. adik ada 3 lagi, anak sedara 9. emmmm berapa rupie nak bagi sorang nie??? kang takda duit dah.

Monday, July 6, 2009

time muhasabah buat mereka yang mengaku bergelar daie

hari ini entah kenapa aku rasa nak sangat meluahkan segala yang terbuku dihati aku. selepas apa yang berlaku semalam, aku mula membuat satu kesimpulan hakiki dalam sebuah perjuangan dan perjalanan yang panjang. kita mengaku dmemiliki segala rezeki dan ilmu dari Allah yang Esa. kita mengaku kita dipilih olehAllah untyuk menjadi daie dijalanNya. tapi hakikatnya kita menggunakan kelebihan itu untuk berbalah dan bertengkar atas perkara yang sia sia pada pandangan aku. akhirnya kita lupa tugas kita yang sebenar. kita abaikan mereka disekeliling kita. kita anggap dengan ilmu yang kita ada, dengan sedikit usaha yang telah kita jalankan, dengan kuasa yang kita miliki, kita telah berjaya membawa dakwah yang cukup berkesan. namun disebalik segala apa yang Allah beri pada kita, kita abaikan tanggungjawab dan amanah yang diberi. kita tak mampu nak buat apa apa bilamana maksiat berlaku didepan kita. mulut kita masing masing terkunci. kerana apa? kita telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kita. mampukah kita bilamana kita berdepan dengan Ilahi ,bila dia bertanya pada kita adakah engkau telah menyelesaikan tanggungjawab yang telah diberikan pada engkau? apa jawapan kita padaDia. tanyalah balik diri kita wahai daie daie sekalian. tepuk dada tanyalah selera. jangan kita sekadar menang sorak dan akhirnys tiada apa yang tinggal melainkan kenangan kenangan yang terindah

............................................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................................

konsep muhasabah.

kang bilamana kita buat dosa, kita tetap diberi peluang untuk bermuhasabah. memang benar bak kata seorang kawan semua orang buat dosa. tapi yang lebih teruk lagi bilamana kita berbangga pula dengan dosa yang kita buat. tak malukah kita sebagai seorang hamba Allah ( itu yang kita selalu cakap kat mulut) tetiba kita lupa yang kita berada dibumi Dia, oksigen yang kita hirup adalah oksigen yang Dia beri pada kita, tanah yang kita pijak tanah yang Dia sediakan buat kita. tiba tiba kita senang sangat untuk buat apa yang dia larang. kalau buat senyap senyap tanpa manusia tahu ok lagi ( walaupun bawa dosa jugak ), tapi ini kita tayang pada orang lain. dimana iman kita ketika itu? pernah tak kita bayangkan andaikata ketikata itu ditakdirkan Allah menarik nyawa kita, betapa kita mati dalam keadaan cukup hina disisi Allah.

ingatlah, dosa itu telah Allah jelaskan , dan pahala pun Allah telah jelaskan. tidak ada alasan untuk kita selagi bergelar manusia untuk kita melanggar prinsip dan hukum yang telah Dia tetapkan. bukankah kita hanya manusia biasa yang serba hina berbanding dengan Dia yang maha segalanya. kenapakah kita berani sangat untuk melanggar akan arahanNYA. tidak kah kita takut dengan azab yang bakaL Dia timpakan atas hambanya yang buat dosa? tidakkah pernah terlintas dihati kita untuk menanti syurga yang telah dia janjikan pada hamba yang taat dan patuh atasNya. dia telah berjanji dengan kita andai engkau manusia patuh pada Allah , DIA pasti akn menyediakan syurga yang penuh dengfan nikmat, didalamnya air yang mengalir, buah buahan dan kehidupan yang kekal abadi ditemani bidadari syurga? ataupun kita langsung tidak percaya akan semua itu? ingatlah masa masih jauh dan banyak untuk kita bertaubat pada Allah. selagi nyawa belum kehalkum, selagi kita bernafas, selagi matahari belum terbit dari arah barat, marilah kita sesekali selepas sembahyang mengenangkan dosa dosa yang pernah kita buat. pergilah melawat orang mati, pergilah melawat tanah perkuburan supaya timbul keinsafan dihati kita. ingatlah umur kita diatas dunia ini cukup singkat. tidak ada guna andai kita mampu untuk hidup bahagia atas dunia yang singkat ini andaikata kita langsung tidak mendapat keredhaan dari Allah. yang mana kita pilih, akhirat, dunia atau dunia dan akhirat. tepuklah dada dan buatlah keputusan yang sewajarnya. jangan sampai kita menyesal dikemudian hari. tika itu segalanya sudah terlambat. tiada lagi gunanya air mata darah sekalipun. Allah itu amat penyayang buat hambanya yang sayang pada penciptanya. berubahlah selagi kita diberi peluang untuk berubah.....