untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, March 24, 2009

2nd day

hari ni dah 2nd day aku bergelar 2nd year student. huhu. semalam intro pasal microbiology dan pharmacology. kelas minggu ni kiranya tak pack lg la coz minggu ni sibuk ngan utsav. kelas pun habis jam 12 je. maybe stat next week aku stat push dah for blok 1. huhu. agak psycho la ni kira. haha. aku nak try sekali la. mana tahu rezeki masing masing.

Saturday, March 21, 2009

aduh penatnya tapi pengalaman

hari ini aku dapat satu pengalaman berguna.mengembara seorang diri dari kl ke manipal india. walau agak takut akan perkara yang pelik mungkin terjadi kat tengah jalan maklumlah 1st tme. dari kl aku naik flight jet airway direct ke chennai. then transit 4 jam kat chennai. kemudian dari situ terus fly jet airway ke banggalore. then aku ambik cab bayar 900 rupee g bandar dia. dari bandar macam apa apa aku cari bas untuk ke manipal. mujurlah ada uncle tu yang sudi membanti. by the way itu satu pengembaraan yang cukup mencabarlah buat aku....
yang penting dah sampai manipal. rehat dulu sebelum berjuang

Thursday, March 19, 2009

kfc KLIA


mahalnya barang sekarang ni

adus. mahal sungguh barang sekarang ni. ari ni time ni pukul 8.39 minit pagi. aku kat kfc klia sarapan nak naik flight balik india. terkejut beruk la aku tengok x meal kegemaran aku rupanya dari 9 ringgit lebih naik 14 ringgit. puih bahanam kemelesetan ekonomi la ni. what the hal, aku pagi ni tak makan xmeal la coz pg dia sedia breakfast jer. tak pela. gamatnya setahun setengah lagi la nak merasai x meal. ntah ada lagi tok time tue. by the way jap lagi kul 9 check in naik flight jet airway

Tuesday, March 17, 2009

berupayakah aku


hari ini hampir genap rasanya aku tinggal menghabiskan masa holiday kat kota bharu

esok dah nak balik india sebulan tue kejap jer

rasa takut , segan , malu pun ada. rupanya tinggal 4 hari sahaja lagi untuk aku bergelar 2nd year student. dah la 1st year pun macm tak khatam lagi. nilah orang kata hidup as a medical student. lecturer's notes is nothing, text books memang tak mencukupi. pengalaman, kepandaian, kehebatan datang bukan dari pembacaan, bukan dari kuliah, tapi datang dari segenap segi. semakin banyak baca buku rasa macam, semakin bodoh aku ni. betapa banyak nya aku tak tahu. terkadang terdetik dihati jugak macam mana la nak rawat patient nanti. ntah ntah diorang plak yang merawat aku. tapi itu semua hanyalah cabaran. yang penting kita belajar dari pengalaman. walaubagaimanapun, aku tetap seronok untuk meneruskan misi ini. wait for me. i'll be there. sekali melangkah teruskanlah kerana disitulah rezeki kita sebagai seorang manusia.................
p/s: gambar mula mula datnag india dulu.

cinta seorang mukmin

Cinta seorang mukmin
Bila berbicara soal cinta, sudah tentu kita akan terbayang cinta seorang remaja. Betapa indahnya gambaran yang diberikan seumpama karya karya indah yang sering dipaparkan dan dipertontonkan di minda masyarakat. Namun betapa indah cinta itu andai tanpa didasarkan nilai nilai keimanan dan ketakwaan apalah gunanya.
Betapa indahnya cinta itu seumpama cinta seorang nabi tatkala dilanda sakaratulmaut. Diceritakan bilamana malaikat maut datang untuk menjemput baginda mengadap allah, nabi mengeluh dan berkata umatku, umatku sebanyak 3 kali. Itulah cinta seorang nabi walaupun dirinya dilanda kematian tapi masih mengingati umatnya.
Cinta itu bagi seorang mukmin bukan hanya seumpama mengungkapkan kakat kata i love u ataupaun mengirimkan sekuntum bunga ros merah dihari lahir kekasih yang disayangi ataupun yang lebih teruk lagi menguncupkan satu ciuman indah kerana dia kekasihku, kekasihku adalah milikku. Inilah antara gejala yang semakin menular dikalangan sahabat kita mukmin, betapa budaya barat itutelah mula menulari dalam kehidupan kita sehari hari.
Cinta yang hakiki bagi seorang mukmin didasari dengan cinta hanya kerana allah. Hablum minannas wa hablum minallah. Aku mencintainya semata mata kerana cintaku kepada allah. Aku inginkan seorang isteri sebagai kekasih hati yang solehah yang mampu membimbingku tatkala aku dilanda kesesatan dan dialah bakal menjadi seorang ibu yang mampu melahirkan anak anka yang soleh yg mampu mengembangkan syariat islam dikemudian hari. aku tidak inginkan dia seumpama bidadari, kerana aku tahu aku bukanlah seumpama sang bidadara.aku tidak mengimpikan kekasihku zulaikha kerana aku bukanlah yusof. Aku juga tidak mengimpikan aisyah kerana aku bukanlah nabi, namun cukuplah andai dia mampu untuk menjadi pengikut setia aisyah kerana aku adalah pengikut setia rasul tercinta...
Mohd amin bin ismail
Batch 22

Monday, March 9, 2009

how nice untuk aku tidak mendeletkan kata kata seorang sahabat aku dr adli jihad yang kini sedang belajar di mansourah university, cairo. satu kata kata yang indah yang mampu membuatkan aku cukup tersenyum. masakantidak betapa banyak nikmat yang aku dapat pada hari ini. mampukah aku bersyukur diatas segalanya ataukah aku kufur. betapa suatu yang kita impikan walau sebesar gunung sebenarnya lahir dari satu keinginan dari hati sebesar genggaman. betapa indahnya kata kata ini. pada jihad thanks.....

" Terkadang kita alpa apa yg berada didepan kita..namun setelah ianya hilang pasti kita mencarinya dan terus mencari apa yg hilang..begitu jua apa yg berada ditangan kita...peganglah ia sebelum ianya pergi meninggalkan kita..ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,tersenyumlah dan berterima kasih kepada Allah bahawa kita masih hidup....."

"Bergunung manapun harta bukanlah namanya kaya jika miskin budi bahasa" "segagah manapun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu x dpt ditawan" "secantik manapun nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkah laku" "setinggi manapun darjat bukanlah namanya mulia jika x da iman di dada" " melangit manapun ilmu, bukanlah namanya bijaksana jika x diamal @ diguna" "sealim manapun warak, bukanlah namanya ulamak jika takbur& riak"

e.../ ini my first post since becoming a blogger. huhu. insya allah 2nd yera aku kat mmmc nanti mampu aku gempakkan . nothim is impossible as long as u knoe how to use ur brain....