untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Sunday, August 30, 2009

kepala lembu dan sebuah agama

hari ini andai ada yang mengambil kesah perihal peristiwa semasa yang berlaku ditanah air pasti akan terkejut dengan satu peristiwa perarakan yang dikatakan diketuai oleh beberapa NGO melayu. perarakan tersebut adalah untuk membantah keputusan kerajaan negeri selangor yang ingin memindahkan tapak pembangunan sebuah kuil hindu ke seksyen 23 dimana anjakan sekitar 300 meter dari cadangan asal.

itu satu hal yang perlu dibincangkan dan kerajaan selangor diketuai tan sri khalid ibrahim telahpun mengarahkan untuk diadakan pertemuan dengan penduduk. ( baca akhbar bertarikh 30 ogos). namun yang menjadi persoalannya disini adalah sikap para manusia yang berarak pada hari tersebuat yang sengaja ingin menimbulkan provokasi agama dengan membawa dan mengarak kepala seekor lembu. bukankah mereka tahu yang lembu merupakan satu binatang yang dianggap suci oleh masyarkat hindu seluruh dunia. namun kumpulan ini sebenarnya sengaja untuk menimbulkan api kemarahan dan kebencian penganut agama lain terhadapa islam. inikah caranya yang diajarkan opeh Rasulullah dalam menyampaikan dakwah bilhikmah dan hasanah? lebih lebih lagi perarakan itu dimulakan selepas solat jumaat dan disekitar masjid.sudahkan kita merasa cukup senang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum aman dan harmoni sehingga kita ingin sesekali mencetuskan api kemarahan orang lain kepada kita

"Mereka ini cuba menunjuk hero apabila mencanangkan merekalah pembela agama tetapi langkah membawa kepala lembu yang diletakkan di pejabat SUK Selangor adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan memalukan umat Islam di negara ini," ujar Adun Demit.

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina agama orang lain.

Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

banyak pihak sebenarnya cukup kesal dengan peristiwa yang berlaku tersebut dan menyalahkan pihak keselamtan yang tidak tegas dalam menangani isu ini. pihak polis dikatakan hanya mengawala dan memerhatikan dari jauh perarakan itu tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan tindakan terlampau tersebut. ingatlah wahai saudara seagamaku, andai kita tidak tahu untuk menghormati agama dan kepercayaan orang , mana tahu suatu hari nanti mereka juga mampu untuk berbuat sebegitu kepada agama kita. berhati hatilah dalam mengeluarkan budi bicara.
barulah islam nampak sebagai rahmatan lil alamain.

islam for all



1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.

3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.

4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.

6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".


to all my Indian's friends : aku merasa sungguh kesal dengan apa yang berlaku. mungkin akulah orang pertama yang terpaksa memohon maaf kepada anda semua andai peristiwa tersebut mengguris hati kalian. aku juga islam dan mereka juga islam namun aku tahu untuk menghormati agama orang lain.

sekian
aku yang bernama
dramin
kota bharu

Friday, August 28, 2009

resepi akok kelantan




Bahan-Bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka
2 cawan tepung gandum 6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa
Cara:
Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.

Thursday, August 27, 2009

manusia, arak dan ramadhan

Alhamdulillah akhirnya pada 25/8/09 aku tiba jua di Malaysia tercinta selepas hampir 3 hari kami berada di Bangalore melawat sekitar bandar termasuklah CS,ah aku pun dah lupa. Rugi plak tak buat catatan. Kami pulang ke Malaysia menaiki Jet Airways dari Bangalore ke Chennai kemudian transit di Cnennai. Dari Chennai kami menaiki mALAYSIAN aIRLINES.Alhamdulillh layanan yang kami terima seumpama kami sedahpun menjejak di bumi malaysia lebih lebih lagi lagu zapin terpasang di radio. begitu juga dipintu masuk flight ana menggarap kesemua akhbar harian tempatan termasuk berita harian, utusan malaysia, new strait times dan juga the star. tapi rasa rindu yang teramat sangat, berbeza dengan membaca secara online.

selepas kami masuk dan duduk dengan selesanya, terdengar di ceruk speaker ucapan selamat datang dari Encik pilot dan mengucapkan selamat berpuasa. beliau juga ada memberitahu akan waktu masuknya bersahur, alhamdulillah rasa cukup bangga dengan negara islam malaysia yang mempunyai syarikat penerbangan antarabangsanya tersendiri.

tapi satu yang membuatkan ana rasa cukup sedih dan rasa hina, marah, tatkala dibulan ramadhan yang mulia ini, tatkala kita mengaku negara kita adalah negara islam, kita mempunyai syarikat penerbangan terkemuka, syarikat itulah jua yang menyediakan pelbagai jenis arak untuk para penumpang. betapa malu lagi bilamana yang meng'serve'kan arak itu adalah pramugari pramugara Islam. tercatit indah nama di dada. lebih lebih lagi dibulan Ramadhan. ana tertanya adakah ini yang kita banggakan pasal negara islam kita?

bilamana sampai di KLIA pula. ana cukup bangga bilamana melihat megahnya pembinaan bangunan KLIA yang dikatakan antara tercantik dan tercanggih didunia. namaun perasaan itu sekali lagi pudar bilamana ana merasakan ana bukan sesekali menjejak kaki di Negara Islama Malaysia bilamana melihat kedai kedai menjual arak bertaraf internasional wujud. sedih dihati memikirkan kita hanya pandai berslogan namun jauh disana kita seumpama manusia munafik pada jalan ALLAH. dimana iman kita tatkala kita mengaku kita adalah seorang muslim. mahukah kita menjadi manusia yang bernama Abdullah bin Ubay. solat dibelakang nabi, berjuang bersama nabi, mati berkapankan baju nabi, namun akhirnya neraka penghujungnya.

melihat akhbar pada 24/8/09 yang bercerita perihal seorang model yang dikenakan hukuman rotan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, ana berasa cukup gembira walaupun masih diperingkat awal pelaksanaan dan masih belum mencapai tahap yang diingini, sekurangnya timbul kesedaran dihati kita untuk kembali kepada hukum kanun yang telah Allah tetapkan

juga terima kasih dah berbangga dengan kerajaan negeri selangor dibawah exco agama, yang mengumumkan peruntukan terbaru yang membenarkan pegawai masjid di selangor membantu menangkap orang islam yang minum arak disamping membantu meringankan tugas JAIS.

# Ayat 67, surah al-Nahl.

Firman Allah bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Ayat ini diturunkan ketika di Makkah di mana di dalam ayat itu Allah belum lagi menjelaskan pengharaman arak dan masih boleh diminum ketika itu.


# Ayat 219, surah al-Baqarah.

Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Ayat kedua ini menjelaskan perbezaan di antara baik dan buruk arak. Ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya.


# Ayat 43, surah an-Nisa'.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."

Ayat ketiga ini pula melarang umat Islam ketika itu meminum arak tatkala hampir waktu untuk bersolat. Perkara ini berlaku kerana imam sembahyang ketika itu dikatakan telah tersalah membaca ayat al-Quran kerana berada dalam keadaan mabuk. Maka turunlah ayat ketiga di atas.


# Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat keempat ini mengharamkan arak secara sekali gus. Jumhur fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan.

Ayat ini adalah dalil yang putus mengenai pengharaman meminum arak.

Ayat terdahulu walaupun dilihat sebagai mengharuskan penggunaan arak, namun seseorang Muslim hendaklah mengetahui ilmu al-Quran sebelum mengistinbat (mengeluarkan) hukum daripadanya.

Al-Quran tidak boleh ditafsirkan mengikut logik akal semata-mata kerana banyak kaedah yang perlu dihayati di dalam kita mencapai sesuatu hukum.

Mengkaji al-Quran memerlukan ilmu yang mendalam dalam bidang usul fiqh, kaedah fiqh dan sebagainya.

Dengan hanya membaca terjemahan dan tafsir al-Quran yang diterjemahkan tidak dapat membantu sepenuhnya di dalam memahami kehendak al-Quran itu sendiri.

Penguasaan bahasa Arab yang kuat juga dapat membantu memahami ayat al-Quran dalam erti kata sebenar. Bahasa al-Quran itu sebenarnya penuh dengan gaya bahasa yang tinggi dan seni yang amat menakjubkan.

Sebenarnya dengan turunnya ayat yang keempat di atas, ayat yang terdahulu telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat yang keempat di atas.

semoga ramadhan ini menjadikan umat islam di malaysia lebih mencari islam yang sebenar

dan ana yakin kita masih menunggu wujudnya " negara malaysia yang baik dan ALLAH meredhainya"

Monday, August 24, 2009

aku paling benci

aku mengaku
aku paling benci manusia
yang tidak tahu untuk menghormati manusia lain
sekali kali
manusia yang hanya ingin hidup seorang diri
manusia yang rasa ilmu sudah penuh didada
manudia yang langsung tidak mahu menerima
akan pendapat orang lain
manusia yang hanya yakin pada diri sendiri
tidak mahu langsung bertolak ansur dengan pegangan orang lain
bak kata orang lain semuanya salah
diri sendiri sahaja yang betul
apa?
tidak tahukah mereka manusia itu berbilang bangsa
tidak tahukah mereka setiap manusia itu
dikurnikan akal dan fikiran yang tersendiri dan unik
mengapa mesti dikutuk orang ini dan orang itu
andai kita itu adalah yang benar
mengapa main dibelakang
nah
datanglah kehadapan kalau hati sudah iktikad
hanya aku yang benar
mengapa main belakang
andai mulut sudak tidak mampu untuk mendiamkan diri
tapi suka sangat main belakang
kerana apa
entah
aku pun tak tahu
yang penting
yakinilah
bak kata seorang kawanku
kamu mungkin betul dan aku adalah salah
ataupun aku mungkin juga betul dan kamu salah
so
masing masing ad hujah tersendiri
berlapanglah dada
biarlah ketentuan itu berlaku
yang penting aku sesekali tidak mengacaumu
dan aku juga berharap
engkau tidak akan mengacauku
sekian

aku yang berani menulis
akudramin

Saturday, August 22, 2009

Hari pertama Ramadhanku

Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama aku berpuasa di Bumi Manipal.
Walaupun aku sebenarnya agak sedih kerana tidak berkesempatan berterawih di Msjid Manipal kerana tertidur selepas solat magrib
Walaubagaimanapun semalam aku telahpun bersolat hajat bersama kerel 21 selepas 3 hari aku berkemas rumah baru aku sebelum pulang balik bercuti ke Malaysia, berpuasa bersama keluarga tercinta, solat terawih di Masjid Muhammadi, dan beraya bersama keluarga, jauh dari liku liku Manipal ini

tak habis habis lagi sebenarnya aku berkemas ni.
agakla dari 2 hari lepas sebenarnya. walau agak letih takpe aku sebenarnya rasa satu perasaan yang cukup puas. eloklah tu.
penat2 puasa camni dihari pertama ramadhan. walaupun tak meriah sebenarnya sebab semua classmate aku dahpun balik mesia. yang tinggal beberapa orang lagi yang akan memulakan perjalanan diorang ke Utara. selamat jalan la buat korang semua. yang penting jgn tinggalkan puasa korang

petang ni aku akan bergerak ke Bangalore dulu bersama Faiz Mubarak. pagi esok aku akan bertemu dengan Zharif di Bangalore.
aku jangka akan tinggal dIBangaalore selama 2 hari. by 25 aku dan faiz akan bertolak dari airport Bangalore ke Chennai
dari Chennai kami akan transit 2 jam dan terus ke KLIA.
oh lupa plak kami akan naik Jet Airways sebenarnya. bukan taknak naik MAS tapi em entahlah
diorang kata sekarang ni la masa nak tolong government. MAS pun agak tenat jugak. Em. tengoklah
dan penerbangan terakhir aku dari LCCT bersama Air ASIA KE Lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu Kkelantan.

Insya ALlah moga Ramadhan kali ini akan mengubah diriku menjadi manusia yang lebih baik dan terbaik. itu lah yang aku harapkan.

moga ini bukan lah Ramadhan terakhirku.
selamat tinggal Manipal
aku akan kembali menggem=ngammu dengan genggaman yang cukup erat.
insya allah
dibawah nie gambar rumahku..........















oh lupa plak nak cakap s
selamat beraya kat Manipal buat batch 24 dan batch 25 yang akan datang memulakan sesi pengajian di sini. harapnya korang akan hepi.
nanti kita jumpa la nanti
aku yang berani untuk menulis
dramin

Thursday, August 20, 2009

puasa kat manipal jatuh pada 22/8/09

selamat berpuasa penduduk manipal yang tak balik

Darihal puasa, iman dan ketaqwaan
Arifin Mahmud
Mon | Aug 17, 09 | 1:54:50 pm MYT

Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.
Iklan




Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43.

"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

"Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan setiap orang hendaklah perhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok (akhirat).." (Al-Hasyr: 18)

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah. _

Wednesday, August 19, 2009

memisah agama dan politik tak masuk syurga

Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?

Iklan




Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.

Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;

"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.

"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."

Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.

Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.

"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.

"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.

Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.

Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.

Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.

"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.

"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.

"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.

Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.

Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali. _

dipetik dari laman harakahdaily.net

ramadhan yang menjelma

sedar tak sedar Ramadhan dah pun menghampiri kita.
ini mungkin sahaja ramadhan yang terakhir bagi dariku
manala tahu andai Dia ingin menarik aku jauh dari
dunia yang serba hina ini
sedar tak sedar aku dah habis blok 2
banyak yang aku kena ubah sejak aku msuk 2nd year ni
tadi dalam kul 5.30 petang aku borak ngan sarah Aziz kat fudcourt
aku minta pandangan dan nasihat dia
pasni blog 3 aku memang nak target distinction macam 1st yer dulu
aku dapat distinct semua
haha. usaha lagi
bak kata ayah jatuh bangun semua lumrah hidup kita
mengapa perlu rasa sebak dan hina disisi manusia
kerana kita semua makhluk disis Allah
yang epnting bak kata seorang kawan
mungkin cara kita belajar tak betul
sebab tue macam nie dan macam tu
kata sorang kawan lagi
kita akan dapat andai kit betul2 nak
so azamkan niat baru sempena ramadhan ni
apa sahaja yang terjadi sudah Allah tetapkan
kita terus je usaha
kalu kena ubah cara
ubah lah cara
yang penting berani untuk berubah
kan gitu
yang lain serah pada siDIA.
insya Allah
sempena ramadhan ini akan terus menguatkan hati kiat orang yang yakin dengan Allah
OK LA Aku pun dah ngntuk ni
banyesok nak makan sarapan ngan adik aku yang nak balikm mesia tengah hari esok
aku balik 25 bulan ni
22 ingt nak gi Bangalore dulu nak melawat sahabat aku zharif yang belajar kat sana
kenal cuma 3 hari je time program MSA India tapi agak rapat kerana dia ni seorang yang agak mesra
bolehlah aku anggap junior aku
haha
to zharif sorryla aku nak lepak rumah ko 2 hari
nanti kita buka posa sesama
aku pun ingt nak gi jejalan shoping kat bandar
tengok apa yang menarik nak wak kelik mesia
camana aku travel nanti

22?8 bertolak ke bangalore
23?8 sampai 25 lepak bangalore
25?8 gerak flight ke cennai
transit jab pastu direct ke KLIA
dari KLIA gerak ke LCCT
ambik Air Asia direct ke lapangan terbang SUltan Ismail Kota Bharu
moga Allah makbulkan doaku dan selamatkan perjalanan pulang
ok lupa nak cakap
aku dah pindah rumah
nanti la aku buat cite laen pasal pindah rumah ni
dal lewat malam dah
ingat nak tido
tapi baru je abis makan mee goreng ni dan sekeping kek coklat
tadi ada besday piji dan shah cula
selamat hari lahirla buat korang berdua shah dan piji
sorang nak masuk 20 sorang lagi 21
aku emmm nak msuk 22 dah
semua dah besar panjang yer
bila nak kawin ni
adus duit tak cukup plak
simpan dulu. insya allah


aku yang menulis
dramin
22?
dapa

Friday, August 14, 2009

motivasi cabar diri untuk berjaya

dipetik dari laman blog :
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/motivasi-cabar-diri-untuk-berjaya.html

referto this blog for further info

14 Ogos 2009

MOTIVASI - CABAR DIRI UNTUK BERJAYA

Email Oleh :
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula.

Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan


MOTIVASI - SEPULUH PETUA MEMBINA SIKAP POSITIF

Motivasi ini dipetik dari laman blog :
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/motivasi-sepuluh-petua-membina-sikap.html.
untuk tatapan lebih lanjut sila layari laman blog tersebut:


MOTIVASI - SEPULUH PETUA MEMBINA SIKAP POSITIF

Email Oleh :JiWa KaCaU
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat.. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini.. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a..w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.

Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dgn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Mengubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya.. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

Monday, August 10, 2009

Forum Perdana HUDUDULLAH


JABATAN HAL EHWAL ISLAM NEGERI KELANTAN
MENGANJURKAN
FORUM PERDANA HUDUDDULLAH
(Sempena Majlis Sambutan Hududullah Negeri Kelantan 1430/2009)
DENGAN AHLI PANEL
SAHIBUL FADHILAH TUAN GURU DATUK HARUN TAIB
(Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat)
PROFESSOR DR. ABDUL AZIZ BIN BARI
(Pensyarah Kanan, Kulliyyah Undang-Undang, UIA)
YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
(Ahli Parlimen, Kulim Bandar Bharu)
Tajuk:
"PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA:
ANTARA REALITI & HARAPAN"
Tempat:
DEWAN BESAR, BALAI ISLAM LUNDANG, KOTA BHARU, KELANTAN
Tarikh / Masa:
Rabu 21 Sya'ban 1430 / 12 Ogos 2009
8.30 malam
dipetik dari laman blog:

http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/forum-perdana-hududullah.html


aku dramin

'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan'

Atiff Idris
Sun | Aug 09, 09 | 7:34:42 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap tahun.




Tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 21 Syaaban 1430 bersamaan 12 Ogos depan bertempat di Besar Balai Islam, Lundang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin berkata, sambutan Hari Hudud diadakan setiap tahun sebagai usaha memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat dan undang-undang Islam.

"Pelaksanaan syariat Islam terutamanya hudud merupakan prasyarat dan pemangkin pembentukan negara yang aman, makmur dan sejahtera.

"Ini selaras dengan firman Allah swt yang menceritakan perihal kerajaan Saba' ayat 15 yang bermaksud,"� (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun." katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Menurutnya sambutan tahun ini bertema 'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan' akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam.

Selepas perasmian diadakan forum perdana dan dialog berkaitan perundangan Islam.

Forum perdana Hududullah bertajuk 'Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Antara Realiti dan Harapan'.

Ahli panel iaitu Adun Manir, Dato' Harun Taib, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Manakala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAHEAIK, Ustaz Mohd Suhaimi Mohamed bertindak sebagai pengerusi.

Mohd Azamli berkata, antara objektif sambutan Hari Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak manusia.

Selain itu memberi penerangan mengenai keistimewaan dan keadilan syariat dan undang-undang Islam.

"Ia juga memberi kesedaran syariat dan undang-undang Islam relevan dan sesuai dilaksanakan di Malaysia,

"Selain itu dapat membincangkan masa depan undang-undang Islam di Malaysia," katanya. - mj _


taken from : harakahdaily.net

Saturday, August 8, 2009

camar yang terbang bebas

ingin sekali aku untuk bertekad
pada hari ini aku adalah
sebuah camar yang bebas terbang di awangan
tiada ikatan antara manusia yang bisa membuatkan
hati ku hancur dan luluh
mendinding diriku dari mengenal hakikat diriku yang sebenar
aku takkan sekali kali tewas dengan keadaan semasa
dan keadaan itu bakaln menjadikan aku seekor camar yang kuat untuk melawan arus yang tiba
biarlah walau angin badai yang menimpa diri
hakikatnya patah sekalipun sayapku
aku akan terus melun cur , melangkah
menuju sebuah hakikat yang telah DIA
sediakan untukku

aku hanyalah aku sekarang
tiada siapa yang mampu
untuk menghalangku
andaikata aku gugur
aku bersyukur kerana aku
gugur sebagai seorang yang syahid
aku gugur bukan dengan sia sia
aku gugur kerana aku berani berjuang
andaikata Dia membenarkan aku untuk bangkit
aku akan bangkit menentang arus yang tiba
walau onak berduri
walau badai melanda
walau api yang merah
itu semua hanyalah ilusi yang cuba untuk menghalakng perjalanan hidupku

setiap apa yang terjadi itu
tersimpan seribu rahsia
yang jelas biarkan aku terus menjadi camar
yang terus berani , terbang bebas
tanpa ada sekatan

tatkala itu aku akan tersenyum kerana aku bukan lagi terperuk
dalam sebuah penjara cinta
yang hanya dihiasi ilusi ilusi SYAITAN
SEMATA MATA
yang penuh dengan nafsu serakah manusia

aku akan mencari nya tapi berdasarkan wahyu dari Ilahi
tatkala itu aku adalah diriku
yang asal
yang telah disediakan oleh Ilahi padaku
aku akan mencarinya

sehingga itu jadilah aku sicamar yang terus terbang bebas
tanpa tangisan
penuh dengan suka duka warna kehidupan


aku yang sentiasa inging berjuang
kerana Allah tercinta
jatuh bangun umpama kenangan kenangna indah
yang hanya menghiasi perjalanan hidupku ini

aku yang berani melangkah
walau penuh dengan tangisan dah luka luka
hanyalah seumpama gigitan manja
\seorang isteri buat suaminya

dan aku lah yang berani itu
melangkah penuh denagn harapan hanya untuk
memenuhkah jalan dengan pengalman
dan akulah itu
yang bernama dramin

Wednesday, August 5, 2009

PEtroleum dan hak rakyat KELANTAN

misi RAkyat Kelantan menuntut hak royalti petroleum
Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur.
Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.
Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.
Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas."Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan."Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.
Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan."Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan."Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.
Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.Image
Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.
"Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya.Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.
Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini.
HarakahDaily.Net/-

aku yang menulis

sejak dua menjak ni macam macam sebenarnya sudah berlaku disekeliling ana
ntah ana buat endah atau memang ana tak tahu

banyak perkara yang berlaku di Manipal ini malah di Malaysia sendiri
bak kata kawan ana kita jauh dari bumi Malaysia tidak bererti kita tak payah ambik tahu pasal perkara yang berlaku ditanah air
siapa tahu akhir akhir ini telah berlaku satu demonstrasi hampir mencecah 50000 orang di ibu negara membantah ISA?
Ini semua tidak akan kita tahu andai kita tidak peka dengan situasi yang berklaku ditanah air
Selain itu pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir akan dan bakal diadakan bersempena kematian ADun PAS selaku wakil disitu. nampaknya pilihanraya kecil ini tumbuh macam cendawan selepas hujan aja. bermula denagna pilihanraya Kuala terengganu, permatang pauh, pilihanraya kecil di perak, kelantan yang semuanya dimenangi Pakatan Rakyat dan satu di sarawak yang dimenangi BN. walau apapun yang penting biarlah pilihanraya ini berlaku dengan adil antara parti politik buaknnya dengan jentera kerajaan

di sini pula Manipal, batch 24 dah pun holiday selepas menghabiskan blog 2 diorang last week, ada yang balik ke malaysia ada yang pergi bercuti ke utara. batch baru batch 25 akan hadir selepas holiday dan mereka akan beraya di manipal bersama batch 24 sebenarnya.
minggu lepas telah berlangsung solat hajat dan majlis bacaan yasin batch 21 dan 23 yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. gud luck buat korang semua
batch 22 pula akan menghadapi blok xm 2 minggu depan. ana termasuk sekali. gud luck buat kengkawan ana. pastu kami akan pulang beraya di malaysia. huhu.
dan yang paling tidak dapat dilupakan kekangkawan batch 20 yang bakal meninggalkan bumi manipal ini buat selamanya . mereka akan pulang menyambung another 2 tahun setengah lagi di malaysia sebelum mampu bergelar Dr. selamat tinggal buat sahabat aku mesol, john, kawan aku dari sekolah Maahad LAGI. moga korang berdua success. dan yang lain lain la.

yang pernting hari ni dah stat dah stady break ana. harap segalanya berjalan lancar sebelum ana masuk rumah baru. by then....
setakat ini dahulu.
moga segalanya selamat dan makmur


aku yang menulis
dramin

Sunday, August 2, 2009

charlie capline dan manusia botak

hari ini ada lebih kurang seminggu lagi untuk blog 2 bermula daan bermakna lebih kurang tiga minggu sahaja untuk aku terbang pulang ke tanah air



hari ini juga aku dapat seorang teman baru.
nape aku pilih dia sebagai teman baru aku??
emm. ntah lah maybe sebab nostalgia dia ni yang pernah bergelar raja lawak.
tu pun kalau korang pernah tengok dia yang payah nak bercakap ni
dalam skrin hitam putih
bila aku rasa gelabah dan tension sorang sorang
aku ambik dia ni aku tampar2 muka dia
sampai la aku terasa lawak bodoh dia tue
nak tau ke sape kawan aku tu?

emm mana gambar dia ni?
ni ha..........................





aku pun sebenarnya dah bertukar watak jugak
dari manusia berambut dah bergelar botak
ni semua gara gara aku yang suka sangat tarik rambut sendiri bila aku tengah stadi
pastu mula gelabah
hahaha


apa aku buat hari ni
aku pergi kedai gunting rambut
dalam kul 10
aku cakap
" bos, cut my hair to no 1"
dia macam tak percaya aje.
" no 1 bos?". dia tanya aku balik. 3 kali dia tanya aku takut aku tersilap cakap
" aha no 1 boss". aku bos , dia pun bos. haha.
pastu habis je shaving rambut, dia tanya aku nak
" head massage bos?"
" aku cakap wokey bos". berhead massage la aku plak.
pastu tak habis lagi nie
" bos face massage how? u wan r?"
" wokey". aku tambah lagi.
" stim bos? your face full hole boss"
cis tempe ni. nak makan duit aku ke
" aku pun ok bos. make stim on my face"
habis berstim muka aku. panas sungguh stim tue
" bos, u want facial? maskara?"
" wokey wokey, give me maskara"
bermaskara la muka aku. hampir sejam setengah aku stuck bermaskara muka.
habis la 250 rupee aku
pastu aku blah g SAIBA kat tiger circle
makan apa : chinese stim rice ngan half chicken tandoori

balik je jumpa la mamat tue kawan aku yang bernama charlie chaplin. kitorang berjanji nak berkawan
so aku bawa la dia balik rumah
sebelum tue dia ada bagi aku kad : wish selamat menduduki xm
mana kad tue yer??
ooo. ni ha diasorry la. bilik aku memang bersepah time time gini


by the way gud luck semua
usaha terbaik before balik malaysia
selamat pulang ke tanah aiar
selamat BERPUASA RAMADHAN AL MUBARAK
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

dari aku yang sedia maklum bernama
dramin