untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Sunday, June 28, 2009

puisi untuk ayah

ayah

ada sesuatu mungkin andaikata ayah bisa mendengar keluhan hati seorang anak ini

baru amin terasa rupanya sudah jauh perjalanan hidup yang amin lalui

segalanya bukan lah suatu yang indah

banyak duri duri yang terpaksa amin tempuh

semua itu amin laluinya demi sebuah cita cita dan cinta

terkadang amin juga manusia yang biasa

amin bukanlah manusia yang hebat

terakadang amin tewas , amin gagal dalam mengejar cita cita amin

kenapakah ia menimpa diri ini.

amin rasa cukup tak terdaya

Dia menguji amin

Dia bagi kepada amin sesuatu pada masa sama tarik sesuatu dari amin

amin tahu ayah perjalanan itu cukup panjang lagi untuk amin lalui

mampukah amin

tatkala Amin diuji, mampukah amin untuk bangkit kembali

mengutip sisa sisa butir perjuangan yang hampir sahaja terlerai

betapa ayahlah inspirasi amin

ayah seorang yang cukup kuat

tak macam amin

amin tak pernah mendengar walau sepatah keluhan dihati ayah

walaupun amin tahu dihati ayah penuh dengan kegusaran yang melanda

tapi wajah ayah cukup untuk menceritakan

betapa janji syurga itu lebih bernilai dari segalanya

mampukah amin menjadi seperti ayah

ayah

hari ini terlalu banyak sudah perjalanan yang amin lalui

kesedihan , kegembiraan, kejayaan , kegagalan

semua itu cukup untuk membuatkan amin menjadi seorang yang sempurna dimata ayah

ayah doakanlah agar amin mampu

menertuskan kesinambungan keturunan ayah

yang terbaik disisI Ilahi

moga Dia merahmati amin dan ayah

doakan agar Amin mampu untuk meneruskan cinta amin

yang benar........dramin

Thursday, June 25, 2009

suatu kesimpulan

26/6/09 (JAM 7.40 AM)
Sebermulanya hakikat kehidupan seorang manusia itu, Allah telah menyediakan segala galanya sebagai bekalan utuk hidup diatas dunia ini. Tidak ada seorang manusia pun terlepas dari pandangan Dia. Yang jelas, setiap manusia itu diberikan satu kehidupan yang bersesuaian dengan tarafnya sebagai seorang manusia. Sudah tentu segala apa yang terjadi berada dalam pengetahuan Ilahi.

Mungkin manusia itu bilamana diberikan satu ujian dan bala, dia menangis sempit rasanya hidup ini kerana tidak mendapat apa yang dihajati, sedangkan mana sahaja kita tahu disebalik segala derita dan cubaan yang Dia berikan pada kita itu terselit seribu satu bahasa tersurat dan tersirat yang mana kita sebagai seorang manusia yang biasa langsung tidak mampu menafsirkan hakikat itu. Berapa besar sangat ilmu kita. Kita hanyalah seumpama butir butir pepasir ditepian pantai. Tiada siapa yang mahu melihat kita. Tidak ada bezanya kita dengan pasir pasir yang lain. Itulah hakikatnya kehidupan seorang manusia berbanding dengan kalam Allah. Kerana itulah bilamana dikatakan hatta tujuh lautan pun belum mampu untuk merungkaikan ilmu dan kalam Ilahi

Namun hakikat kehidupan manusia itu sendiri, bilamana sudah diberikan segala nikmat, mudah sahaja untuk kita melupai dari mana nikmat itu datang. Segalanya berubah 360 degree. Manusia mula berubah dan menunjukkan sikap angkuh serta mula bongkak. Bukan setakat kepada sesama manusia lain, malah kita mula menunjukkan keangkuhan pada Ilahi. Andaikata dulunya kita menangis dihadapan Nya, sekarang semua itu sudah luput dari ingatan. Seolah olah segala yang kita ada hari ini adalah hasil dari usaha kita sendiri , tiada kaitan langsung dengan manusia lain.

Betapa itulah sifat seorang manusia. Kerana itulah, bagi mereka yang beriman kepada Allah, seringkalai berhati hati bilamana mereka mendapat nikmat takut nikmat tersebut menjadi penghalang ikatan dengan Allah. Namun bilamana mendapat ujian dariNya, mereka sebuat "innalillahiwainnailaihirajiuun' . Sesungguhnya segalanya dari Allah dan segalanya akan kembali kepada Allah jua.

(Mereka berdo'a): "Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)" (QS. 3:8)


Kerana itulah sebagai manusia , kita sering diminta untuk bermuhasabah diri sendiri. Iman itu adalah suatu yang flexible. Hri ini mungkin tahapnya tinggi setinggi tahap para solehin, esok mungkin sahaja turun sehingga pada tahap yang cukup rendah. Cuba bayangkan andaikata Dia menarik kita tatkala iman kita berada pada tahap yang rendah, sudah pasti nilai kita seumpama pepasir tadi di tepian pantai. Namun bilamana dia menarik kita tatkala iman kita dipuncak, pasti nilaiannya seumpama sebutir mutiara tersimpan dicelah celah pepasir. Kilauannya cukup jelas dari jauh.

Betapa apa pun yang terjadi, segalanya sudah berada dalam ketentuan Ilahi. Apa yang kita inginkan belum pasti lagi itu adalah yang terbaik untuk diri kita, manakala apa yang buruk pada pandangan kita, itu mungkin yang terbaik pada pandangan Ilahi. Oleh itu, sebagai manusia kita mestilah berdoa semoga apa sahaja yang kita ingin lakukan pada hari ini sentiasa berada dalam kawalan Allah. Dan semoga apa sahaja yang bakal terjadi esok sentiasa merupakan suat yang terbaik dari Allah untuk kita............

dramin

Saturday, June 20, 2009

usrah di foodcourt





( saya cayang Allah.Abang ngan kakak pun cayang Allah)


( jam menunjukan 11.30minit malam, 20/6/09)





salam syukur buat Dia yang telah memudahkan urusan kami untuk hidup di Manipal ini. pertama sekali aku coretkan luahan hati ini tatkala aku di foodcourt pada jam 8.25 malam. malam ini aku dapat rasa satu ketenangan yang teramat sangt dan merasa satu kebahagiaan yang cukup mendalam. rupanya baru aku sedar betapa sudah ada dan terpancar bibit bibit kejayaan program dakwah dimanipal ini.




(cutenye dia: jom mintak ampun ngan Tuhan kite)


masakan tidak , malam ini semasa aku sedang stady pharmacology, tiba tiba beberapa sahabat batchmats aku datang dan berkumpul diiikuti adik adik junior. apa yang mereka bawa? di tangan mereka tersisip kitab suci alquran. rupanya mereka ada usrah malam ni. bukan setakat satu group malah 2 grup. tak. 3 group malam ini. time tu aku hampir hampir ingin menitiskan air mata. masakan tidak, segala penat lelah,masa dicurahkan oleh sahabat sahabat seperjuangan,kakak dan abang abang untuk mewujudkan suasana biah solehah di manipal ini akhirnya ada kesinambungan.buat kakak abang yang telah bertungkus lumus dan telah dan bakal meninggalkan manipal ini, lihatlah dari usaha anda semua itu, kami teruskan disini dan bakal diteruskan oleh mereka selepas ini. banggalah anda semua. tidak ada yang lebih membanggakan lagi, dalam meneruskan usaha itu, kita merupakan salah seorang yang turut serta dalam menjayakannya







walaupun disebalik banyak sangat perkara perkara pelikyang berlaku disini, aku tetap yakin dakwah akan terus berkembang di manipal ini. buat sahabat sahabat yang cukup komited teruskan komitmen anda. penuhilah ilmu didada moga kita benar benar menjadi manusia yang patuh dan taat pada Ilahi. tiada manusia yang perfect atas dunia ini. yang penting kita ada inisiatif untukbelajar dan merendah dirikita dihadapan ilmu Allah. tiada yang lebih indah melainkan bilamadakita melihat Islam itu dipraktikkan .



insya Allah bersempena dengna muktamar Iya yang bakal diadakan nanti, marilah kita berdoaagar kepimpinan baru IYA akanlebih kehadapan dalam menguruskan usrah di Manipal ini.aku amat berharap agar program usrah ini akan menjadi satu agenda penting buat kepmpinan baru nanti. sudah tiba masanya kita menggerakkannya. tapi dengan syarat memerlukan keterlibatan semua pihak. IYA milik semua bukan milik individu tertentu sahaja. ia milik anda semua yang cintakan Islam di Manipal ini.



inginsahaja aku bagi tema baru : MENGUKUHKAN JEMAAH, MEMANTAPKAN USRAH"

( jalan untuk berjaya itu bermula dari satu tapak kaki yang berani untuk melangkah)


Teruskan perjuangan kita di bumi Manipal ini



aku insan yang cukup kerdil



dramin

Thursday, June 11, 2009

Layakkah aku untukNya (sempena Muktamar IYA 09)

Abdurrahman Fazid bin Harith Bin Amin Al Kelantani berjalan menyelusuri raudhah Kolej Perubatan Islam Sultan Solahuddien AlAyubi. Terpegun seketika tatkala melihat akan indahnya ukiran ukiran yang terdapat di sepanjang susur alur keluar dari tempat mat'm menuju ke kantor kuliah. Terdetik dihati Abdurrahman akan kesah cinta antara Ratu Balqis, puteri bidadari dan Raja Sulaiman tatkala melihat permata permata sinar bergemerlapan di sebalik air pancutan ditepian raudhah.




Tiba tiba Abdurrahman terpandang AKAN SESEORANG BERTUDUNG HIJAU. aH! Itulah gadis yang sejak bermula pembelajarannya di kolej perubatan ini , telah berjaya menambat

hatinya. Terus Abdurrahman menundukkan kepalanya kebawah. Malu untuk melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan buat yang layak mendudukinya. Terus dia teringat akan kisah antara Rasul tercinta dan Saidina Ali tentang pandangan seorang muslim terhadap seorang wanita. insar Abdurrahman



Ya Allah , layakkah aku untuknya. Getus sanubari Abdurrahman


Petang itu Abdurrahman berlalu kemasjid. Sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan Syed Munawar, ketua umum Majlis Angkatan Pelajar Islam , memandangkan Syed yang agak sibuk sejak berada di semester 5 dan terpaksa menghabiskan masa dihospital. Sejak itulah Abdurrahman mula hilang contact dengan Syed. . Kali ini dia mat berharap dapat bertemu dengan Syed di masjid.



" Walau sesibuk manapun kita, ingatlah sebagai seorang doktor muslim kita tetap ada satu tanggungjawab yang berat terhadap agama kita tercinta". Teringat Abdurrahman akan kata kata indah Syed tatkala dia mula ditarbiahkan dalam jemaah islam ini.

Selepas berborak panjang dengan Syed petang itu dimasjid, bergegas Abdurrahman pulang kerumah. Kali ini dia bertekad sudah lama rasanya dia pendamkan perasaan itu. Kata kata Syed dimasjid tadi membulatkan semantatnya untuk menyampaikan sebuah hasrat. "Kita hanya merancang , jodoh pertemuan tetap ditangan Allah. Usahalah andai segalanya berjalan lancar dia pasti akan bersama kita" Getus Syed padanya







Malam itu dengan satu semangt yang berkobar kobar, Abdurrahman mengambil wuduk terakhir sebelum melangkah kekamar tidur. Angin malam itu cukup membuatkan dirinya tersa untuk menyelimutkan diri.



Selepas mengucapkan salam bagi menyempurnakan rukun islam yang kedua, Abdurrahman mengaktifkan jam loceng agar bisa bangun awalpagi esoknya semata mata untuk meluahkan segala hasrat yang terpendam begitu lama.


Kring! kring!. Terbangun Abdurrahman dari lena.Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Selepas membersihkan diri, terus Abdurrahman mencapai sejadah. Tatkala dia mulauntukmengangkat takbir, menitis air matanya menyangka betapa sudah lama tidah menyahut seruan Rasul tercinta untuk bangun mengadap Ilahi. Menggigil tubuhnya. Didalam sujud terkhir, air mata Abdurrahman menitis betapa sesunggunhnya layakkah aku Ya Allah untuk menjadi hambamu diatas muka bumi ini.













Islam itu indah, keindahannya hanya dapat dilihat dengan mata hati.

Kuabadikan cerpen ini buat saudara ZakiHamdi, Presiden Islamic Youth Association yang bakal melepaskan jawatan bersempena Muktamar IYA yang bakal diadakan pada 27/6/2009 nanti. Selamat bermuktamar buat semua Perwakilan IYA dari batch 20, 21,22,23,23,dan adik junior batch 24. Buat tetamu dari luar Manipal yang akan menghadiri muktamar ini juga diucapkan ahlan wasahlan.

Moga perjuanag kita bersama IYA akan terus kukuh di bumi Manipal

Mohd Amin Bin Ismail

Biro Kerohanian MSA,

Biro Perhubungan IYA

Wednesday, June 3, 2009

bolehkah kita berpindah mazhab?

dalam kesempatan Demam blog exam kat MMMC ini sempat lagi Dramin mencuri masa mengupdatekan blog dramin ini. walaubagaimanapun pada kesempatan ini dramin ingin sekali mencuri article dari blog sahabat dramin : http://www.anwaraljohory.com/?p=633. kerana dramin rasa ilmu itu kalau kita luahkan pada orang lain takkan lokek walau satu sen pun. terima kasih buat sahabat dramin walaupun ana tak minta. harap anta maafkan demi ISLAM
ADAKAH WAJIB BERPEGANG DENGAN MAZHAB DAN BOLEHKAH KITA BERPINDAH-PINDAH MAZHAB?
Posted on 02:57 Hrs,May 10th, 2009 by kerel
Assalamualaikum,
anwar al-johory.
Article di bawah ini dinukilkan oleh saudara Mohd Nazrul Abd Nasir (ustaz nazrul) Tahun 3 Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al Azhar As Syarif. Semoga kita peroleh ilmu bermanfaat..
ADAKAH WAJIB BERPEGANG DENGAN MAZHAB DAN BOLEHKAH KITA BERPINDAH-PINDAH MAZHAB?
Friday, May 8, 2009
Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang perkara ini. Ini juga di antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat sekarang. Pada zaman wujudnya ulama terdahulu, perkara sebegini tidaklah menjadi masalah. Malah para sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam yang tidak sampai ilmunya ke tahap ijtihad maka mereka juga mengikut para sahabat yang lain yang sampai ke tahap tersebut tanpa berlaku perbalahan. Tetapi yang menjadi keajaiban bagi kita pada zaman yang penuh dengan kekurangan ilmu pengetahuan walaupun hebat dan canggih dalam teknologi, boleh timbul permasalahan sebegini. Mengapa boleh berlaku sebegini? Jawapannya mudah, kerana sudah tidak yakin dengan para ulama terdahulu dan merasakan diri sudah layak sebaris dengan para ulama mujtahid.Malah dipandang rendah kepada golongan yang bertaqlid kepada sesuatu mazhab.
Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita terangkan apakah yang dimaksudkan dengan taqlid. Taqlid menurut ahli bahasa ialah ikatan yang diikat pada tengkuk. Manakala menurut istilah para ulama Usul Fiqh , terdapat dua maksud padanya:
Pertama: Taqlid ialah beramal dengan pendapat seseorang dengan keadaan pendapat tersebut tidak dibinakan di atas hujah-hujah yang diletakkan oleh syarak. Ini tidaklah dibenarkan oleh syarak untuk mengikutinya.
Kedua: Taqlid ialah beramal dengan pendapat ulama mujtahid tanpa kita mengetahui sumber pengambilan dalilnya secara lengkap dan terperinci. Ini sangat-sangat dituntut oleh syarak malah diwajibkan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk mencari semua dalil.
Menurut Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah di dalam kitabnya البيان : Apa yang kita maksudkan dengan ((tanpa mengetahui sumber pengambilan secara lengkap dan terperinci)) ialah mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan (mengistinbatkan) secara jelas hukum-hakam tersebut seperti yang dilakukan oleh mujtahid.
Siapakah mujtahid? Apakah syarat-syarat untuk meletakkan seseorang tersebut sebagai mujtahid? Di antara syarat-syarat mujtahid ialah:
1. Mengetahui secara terperinci hukum-hakam fiqhiyyah sama ada hukum-hakam yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab fiqh, mengetahui dalil-dalilnya seperti yang diterangkan di dalam kitab usul fiqh, mengetahui juga tentang khilaf(perbezaan pendapat) yang berlaku di dalam masalah furu’(cabang ilmu) di antara para sahabat atau tabi’en dan mengetahui juga berkenaan dengan pendapat yang dipegang di dalam mazhab.
2. Seorang mujtahid perlu menguasai dan memiliki perkara-perkara yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum. Al-Imam Ibn Qawan al-Syafie rahimahullah (889H) menyebutkan di dalam kitabnya التحقيقات في شرح الورقات : Antara perkara yang perlu dikuasai oleh seorang mujtahid ialah ilmu nahu(tatabahasa arab),ilmu bahasa arab(makna bagi sesuatu bahasa) , termasuk ilmu balaghah (bayan, badi’e dan ma’ani). Al-Imam al-Syatibi rahimahullah lebih berat di dalam meletakkan syarat-syarat sebegini.Menurutnya, seseorang mujtahid tersebut perlulah menguasai ilmu nahu seumpama Sibawaih (ulama yang pakar dalam ilmu nahu suatu ketika dahulu) dan mengetahui tentang khilaf ulama seumpama al-Imam Syafie radhiyallahu anhu. Jika kita ingin mengikut pendapat yang disebutkan oleh al-Imam Syatibi rahimahullah maka sudah tentu amat sukar untuk kita temui mujtahid pada masa sekarang.
3. Seorang mujtahid juga perlu menguasai ilmu Rijal(ilmu tentang perawi hadis). Maksudnya mengetahui martabat seorang perawi tersebut sama ada boleh digunakan untuk berhujah atau tidak. Menurut Imam Ibn Qawan rahimahullah, jika seseorang tersebut hanya berpandukan tentang sahih atau tidak sesebuah hadis tersebut berdasarkan apa yang ditetapkan oleh al-Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain ulama hadis maka ia juga dikira bertaqlid kepada para imam tersebut. Sedangkan para mujtahid dilarang mengikut pendapat orang lain di dalam masalah ini. Jadi perlulah mereka juga untuk menguasai ilmu ini dengan mengkaji sendiri masalah tersebut.
4. Mestilah seorang mujtahid tersebut menguasai ilmu berkenaan tafsir al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Seperti mengetahui tentang Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq. Mereka juga perlu menguasai ilmu asbab nuzul (sebab penurunan ayat) dan asbab wurud (sebab dilafazkan hadis).
Jika kita perhatikan syarat-syarat mujtahid yang diletakkan oleh para ulama, maka tentu kita boleh berfikir dengan waras dan menilai kemampuan diri kita sendiri. Menurut Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah, jika seseorang tersebut mampu untuk mencari dan mengeluarkan dalil dengan sendiri (berdasarkan syarat yang telah diletakkan) maka tidak perlulah baginya untuk mengikut mana-mana mazhab. Malah haram baginya mengikut mazhab yang lain.
Persoalannya, adakah kita telah sampai tahap tersebut? Jika telah sampai seperti yang diperolehi oleh al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Abu Thaur, Sufyan al-Thauri, Sufyan bin Uyaynah, Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain maka silakan untuk berijtihad. Saya bukan mencabar, cuma mohon untuk menilai kemampuan diri kita. Ini kerana terlalu banyak orang yang mengaku tidak perlu untuk mengikut mazhab hanya kerana mendengar perkataan sebahagian guru-guru mereka yang belajar tanpa manhaj supaya tidak perlu mengikut mazhab dan boleh untuk berijtihad dengan hanya mempelajari kitab Subulussalam.Pelik kan? Tapi inilah hakikatnya sekarang bilamana seorang tersebut merasakan dirinya sudah sampai ke peringkat yang tertinggi.
Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah ada menyebutkan beberapa tohmahan yang diberikan oleh golongan yang tidak mahu bermazhab.Antaranya ialah:
TOHMAHAN PERTAMA
Dalil yang wajib kita ikuti ialah al-Quran dan Sunnah bukannya pendapat para ulama mazhab.
JAWAPAN
Apa yang disebutkan oleh golongan sebegini juga sebenarnya sudah menyalahi maksud sebenar dalil. Dalil bukanlah hanya semata-mata al-Quran dan Sunnah.
Ijma’, Qiyas, Istihsan, Uruf, dan lain-lain juga merupakan dalil yang digunakan oleh para ulama. Golongan yang memahami bahawa dalil hanyalah al-Quran dan Sunnah sebenarnya telah menyempitkan kefahaman tentang dalil itu sendiri. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber pengambilan hukum yang dilakukan oleh seseorang mujtahid tersebut.
Pendapat para ulama mazhab pula bukanlah menyalahi dan membelakangi al-Quran dan Sunnah itu sendiri, malah pendapat yang dikeluarkan oleh mereka merupakan hasil daripada kefahaman mereka tentang sesuatu ayat dan hadis tersebut. Berpegang dengan pendapat para ulama mazhab bukanlah bermaksud meninggalkan kalam Allah dan RasulNya, bahkan jika kita berpegang dengan pendapat para ulama mazhab maka secara langsung kita telah berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana para ulama mazhab lebih mengetahui tentang syarat pengambilan hukum dan sebagainya berbanding kita.(saya cuma mengambil secara ringkas pendapat yang disebutkan oleh Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah. Pendapat yang saya letakkan disini rasanya sudah mencukupi bagi sesiapa yang mencari kebenaran.Jika ingin mengetahui kedudukan mujtahid maka perlulah melihat semula syarat-syarat mujtahid yang telah saya letakkan sebelum ini).
TOHMAHAN KEDUA
Kami melihat seseorang yang bertaqlid kepada seorang imam tersebut tidak akan meninggalkan mazhabnya walaupun dia menjumpai sebuah hadis yang bersalahan dengan pendapat imam tersebut. Ini seolah-olah mendahului pendapat imam lebih daripada Allah dan RasulNya.
JAWAPAN
Al-Imam Kairanawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya فو ائد في علوم الفقه :
“Pendapat sebegini keluar berdasarkan sangkaan kamu yang salah dan pegangan yang batil(iaitu mengatakan bahawa pendapat imam didahulukan berbanding kalam Allah dan RasulNya).Sedangkan perkara sebenar bukanlah seperti yang kamu fikirkan.”
Bilamana kita melihat berlakunya perbezaan di antara zahir kalam Allah dan RasulNya dengan pendapat Ulama Mazhab , dua perkara pokok yang penting perlu diperhatikan:
Pertama: Kita mengetahui tentang maksud sebenar kalam Allah dan RasulNya.
Kedua: Kita mengetahui bahawa Kalam Allah dan RasulNya bertentang dengan pendapat Imam Mazhab.
Jika kita memerhatikan kedua-dua perkara di atas dengan teliti maka kita menyedari bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak terdapat pada seorang Muqallid(orang yang mengikut mazhab dan tidak sampai kepada tahap mujtahid). Ini kerana ilmu sebegini memerlukan kepada pencarian dalil. Muqallid hakikatnya tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Jika hakikatnya sedemikian, bagaimana mungkin seorang muqallid tersebut boleh menghukumkan bahawa Imamnya telah menyalahi hukumyang diletakkan Allah dan RasulNya?.
Hasil perbincangan ini ialah:
“Seorang muqallid tersebut tidak meninggalkan pendapat imamnya yang bersalahan dengan zahir Hadis dan sebagainya bukanlah kerana dia (muqallid) mengatakan bahawa pendapat Imam tersebut lebih benar daripada Kalam Allah dan RasulNya(tiada seorang ulama pun mengatakan sedemikian) bahkan hanyalah kerana dia sendiri tidak pasti adakah benar-benar Imam tersebut menyalahi Allah dan RasulNya( mustahil seorang Imam tersebut mengeluarkan sesuatu hukum dengan hawa nafsunya, melainkan setelah kajian terperinci dan syarat seorang mujtahid tersebut telah dipenuhi olehnya, barulah seorang Imam tersebut mengeluarkan pendapatnya).”
TOHMAHAN KETIGA
Mengikut pendapat para ulama mazhab sendiri sebenarnya telah menyalahi apa yang ditunjukkan oleh mereka(Imam-imam mazhab).Mereka sendiri melarang mengikut pendapat mereka.Lebih-lebih lagi jika pendapat mereka bersalahan dengan hadis sahih.Jelas di sebut oleh para ulama Mazhab: إذا صح الحديث فهو مذهبي maksudnya: (Jika sah sesebuah hadis tersebut maka itulah mazhabku)
JAWAPAN
Kata Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah:
Dakwaan yang mengatakan bahawa para ulama mazhab melarang untuk mengikut mazhab adalah satu dakwaan yang ternyata salah dan sesat. Tiada seorang ulama mazhab pun mengatakan sedemikian. Kalau mereka benar-benar mengatakan demikian, maka mengikut kepada pendapat Para Imam (supaya tidak bertaqlid dengan mereka) juga hakikatnya adalah taqlid itu sendiri( dalam keadaan tidak sedar).
Kamu mengatakan tidak boleh mengikut pendapat Imam Mazhab,tiba-tiba kamu mengikut juga salah satu pendapat mereka (iaitu supaya tidak bertaqlid-seperti yang kamu katakan) maka hakikatnya kamu juga bertaqlid.Bagaimana boleh dilarang taqlid sedangkan kamu sendiri bertaqlid dalam keadaan kamu tidak sedar?
Ini jelas berlaku pertentangan di dalam pendapat kamu sendiri.(Sekejap mengatakan tidak boleh taqlid kemudian dalam masa yang sama kamu juga bertaqlid dengan pendapat Imam tersebut).Kalaulah benar sekalipun dakwaan tersebut, maka sebenarnya larangan tersebut ditujukan kepada orang-orang yang telah sampai kepada peringkat ahli di dalam ijtihad(memenuhi syarat yang saya sebutkan sebelum ini).
Berkenaan adakah boleh berpindah-pindah mazhab akan saya jawab pada keluaran akan datang. Diharap bersabar menantikan jawapannya.
Rujukan:
1. البيان لما يشغل الأذهان oleh Syeikhuna Ali Jumaah Hafizahullah
2. التحقيقات في شرح الورقات oleh Al-Imam Hussain bin Ahmad al-Kailani al-Syafie al-Makki (Ibn Qawan ) Rahimahullah. Cetakan Darul Nafa’is.
MOHD NAZRUL ABD NASIR,RUMAH KEDAH HAYYU 10,KAHERAH MESIR