untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, May 22, 2009

3 peranan utama seorang MUSLIM

Alhamdulillh. disebalik kesibukan blog exam yang hampir menjelang 2 minggu lagi, usrah batch 22 bersama brother Amar tetap terlaksana dengan baik. kali ini diadakan di fudcort atas inisiatif brother hafizi. berjaya. syukur.

3 perkara penting input dari brother Amar
peranan utama soerang mukmin
1. beribadah kepada ALLAH
2. KHALIFAH ALLAH dimuka bumi memakmurkannya
3. Amar makruf nahi munkar
salam menempuh blog xm buat semua batchmate 22 mmmc

perjuangan tetap satu perjuangan

Dalam kolum terbaru ini, ingin sesekali dramin berkongsi tentang satu tajuk berkaitan sebuah perjuangan. terlebih dahulu ada satu kata kata indah yang ingan dramin kongsikan dengan kalian semua. Dato seri Abdul Hadi pernah berkata :

"Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri
."

kata kata ini pernah dramin nukilkan didalam frienster blog dramin. terima kasih buat tuan guru atas kata kata yang cukup memberangsangkan itu.
hakikatnya sebagai seorang manusia kita adalah hamba yang cukup lemah disisi ALLAH. Dialah pembuka pintu rezeki malah dialah jua yang mampu menutup segala pintu rezeki. sebagai seorang manusia, kita disuruh untuk berusaha dan berjuang demi menegakkan agama Allah tercinta dimuka bumi ini. sebagaimana firmanNya yang bermaksud
"kamu semua wahai umat Muhammad adalah terbaik umat yang dikeluarkan kepada manusia, kamu menyruh kearah jalan kebaikan dan kamu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran"
itulah perjuangan kita selaku seorang mmukmin diatas muka bumi ini ini tatkala Allah berkata kepada malaikat didalam surah albaqarah ayat ke 30:
dan ingatlah tatkala Tuhanmu berfirman kepada para malaikat " Aku hendak menjadikan khalifah ditas muka bumi ini" mereka berkat " apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih dan memujiMU dan menyuci namaMU? Dia berkata" sungguh aku tahu apa yang tidak engkau tahu". sodaqollahuaAzim
dr amin pernah berkongsi pandangan tentang aopa sebenarnya yang ALLAH tahu sedang malaikat tidak tahu pasal peribadi seorang manusia. jawapannya berbalik pada ayat sebelumnya iaitu umat muhammad adalah terbaik umat kerana menyuruh manusia kejalan kebenaran dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. tatkala disana ada manusia manusia yang sering melakukan dosa dan syirik pada Allah pasti akan lahir satu gerombolan manusia yang berjuang di jalanNya dan menentang kemungkaran. itulah takdir Allah yang telah ditetapkan sejak azali lagi
oleh itu sudah tiba masanya kita sebgai umat yang terbaik yang tellah dijanjikan dengan syurga bangkit dari lena yang panjang. sudah tiba masanya kita bergerak kehadapan tanpa melihat kerusakan yang telah kita lakukan. biarkanlah masa lalu itu menjadi kenangan yang terindah. maralah kehadapan demi sebuah perjuanag yang suci semata mata untuk menegakkan AGAMA ALLAH diatas muka bumi ini.
Bilamana dia menguji seorang hamba dengan kekurangan, ketewasan ,kegagalan sebenarnya dia amat sayang padahambanya. sekian.
insya allah dramin akan menduduki blok xm pada 6/5/2009 nanti. doakanlah semoga dramin akan lulus dan ujian pertama dramin di manipal selaku 2nd year student ini. amin ya Rabbal ALAMIN..............

Saturday, May 16, 2009

kasih ayah dan cinta seorg ibu


my mother: Puan Syaripah binti Hasan

my beloved father: Ustaz Ismail bin Sulaiman

berbanggalah ibu keran mengandungkan anakmu ini. aku sedang meniti perjuangan demi memekarkan namamu di syurga janntulmakwa.

berbanggalah ayah kerana melahirkan seorang putera yang bakal dan sedang meneruskan cita cita ayah di bumi ini.

tiada apa yang dapat aku sebagai seorang anak membalas jasa kalian berdua selain dari harapan amin agar ayah dan ibu sentiasa berbahagia dan gembira dan SEMPAT UNTUK MELIHAT AMIN PULANG BERSAMA SEGULUNG IJAZAH SEBAGAI TANDA CINTA DAN SAYANG AMIN BUAT KALIAN BERDUA. kalian adalah inspirasiku tatkala aku didalam kesedihan dan kemurungan. moga allah sentiasa mengasihi kalian berdua.

amin masih ingt tatkala ayah berbicara pada amin

" amin, andaikata ayah sudah tiada lagi didunia ini, amin lah harapan ayah. amin jglah adik adik. jgnlah biarkan mereka sendirian. sebagaimana amin telah berjaya, biarlah adik adik juga mampu untuk berjaya."

insya allah ayah. amin tidak akan sesekali mempersiakan harapan ayah dan ibu. ayah dan ibu tunggulah amin dan lihatlah betapa kalian tidak sesekali menyesal kerana mempunya seorg anik bernama Dr mohd amin bin ismail.

Wednesday, May 13, 2009

budak sekolah agama pun buat maksiat

budak sekolah agama pun buat maksiat. budak pompuan pakai tudung pun buat maksiat. orang yang g masjid pun bukannya betul sangat. so what. inilah yang sering kita sebagai manusia dipersoalkan bilamana kita mengungkapkan kata kata hantarlah anak belajar sekolah agama, carilah pasangan yang pernah belajar agama, mengapa tidak memakai tudung?, jom solat. alhamdulillah sekurangnya kita ada inisiatif untuk berdakwah. namun macamana dengan mereka mereka ini. mungkin susah untuk mereka memahami akan hakikat hidup ini sebagai manusia yang ada tuhan dan ada pencipta. siapa kata orang yang pakai tudung tak buat maksiat? ya memang ramai. siapa kata mereka yang belajar sekolah agma semuanya warak dan baik lagi alim semua. hatta budak sekolah hanrey gurney ramai lagi baik. tapi ingtlah kita pergi sekolah agama, pakai tudung bukan untuk jadi baik, tapi sebagai kepatuhan kita pada Allah. sekurangnya orang yang pergi ke sekolah agama tu dia terdedah dengan pembelajaran agama, dia dah tak perlu nak kejar sana sini nak cari ilmu agama. kul 8 dia belajar sejarah, kul 9 dia belajar ilmu hadis. yang ko g kutuk orang blajar sekolah agama tu apsal. ni nak marah ni. berbeza plak ngan budak sekolah kebangsaan . bukan nak kutuk tapi kat sekolah kebangsaan ilmu agama terbatas dan kalu nak cari lebih kena cari sendiri. dan memang kita mengaku budak yang keluar skolah agama bukan semua betul. so itu bukan kerana salah sekolah agama tapi salah diri sendiri la. sama la macam dia tanya buat apa nak jadi orang islam . kata org islam ni baik semua, islam menjamin jadi manusia yang terbaik, alim taat pada perintah allah, tapi apsal ramai org islam yang minum arak, makan babi , berzina. so salah siapa. takkan lah kita nak salahkah agama islam. salah budak tu la yang tak paham islam. begitulah hidup ini. kita belajar agama ke, pakai tudung ke, tak makan babi ke buakan kerana effect dia pada kita tapi kertana kepatuhan kita pada allah sebagai seorang makhluk dia. so, jgn lagi celupar mulut lepas ni. nanti tak pasal2 allah tutup pintu hati kita.
wallahualam.... geram sungguh aku pada orang yang kata paham agama tapi malas nak belajar agama dengan cara berguru. dia ingt ilmu dia tu cukup sgt. pandgan ulama muktabar ni semua tak betul

Sunday, May 10, 2009

selamat hari ibu

Dulu,Bila dahaga, yang susukan aku....makBila lapar, yang suapkan aku....makBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...makKata mak, perkataan pertama yang aku sebut....MakBila bangun tidur, aku cari....makBila nangis, orang pertama yang datang ....makBila nak bermanja, aku dekati....makBila nak bergesel, aku duduk sebelah....makBila sedih, yang boleh memujukku hanya....makBila nakal, yang memarahi aku....makBila merajuk, yang memujukku cuma....makBila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....makBila takut, yang tenangkan aku....makBila nak peluk, yang aku suka peluk....makAku selalu teringatkan ....makBila sedih, aku mesti talipon....makBila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .makBila bengang.. aku suka luah pada..makBila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "Bila sakit, orang paling risau adalah....makBila nak exam, orang paling sibuk juga....makBila buat hal, yang marah aku dulu....makBila ada masalah, yang paling risau.... makYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. makYang selalu masak makanan kegemaranku. ...makkalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....makYang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....makYang selalu berleter kat aku...makYang selalu puji aku....makYang selalu nasihat aku....makBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....makAku ada pasangan hidup sendiri....Bila seronok, aku cari.......pasangan kuBila sedih, aku cari......makBila berjaya, aku ceritakan pada....pasangankuBila gagal, aku ceritakan pada....makBila bahagia, aku peluk erat....pasangankuBila berduka, aku peluk erat....emakkuBila nak bercuti, aku bawa....pasangankuBila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....makBila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasangankuBila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"Selalu.. aku ingat pasangankuSelalu.. mak ingat kat akuBila-bila... aku akan talipon pasangankuEntah bila... aku nak talipon makSelalu....aku belikan hadiah untuk pasangankuEntah bila... aku nak belikan hadiah untuk emakRenungkan:Mak kata:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wanguntuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......Tapi kalau mak sudah tiada....... ...MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....berapa ramai yang sanggup mengambil cuti untuk menjaga ibunya.....dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makanmalam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulissesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertasyang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan olehsiibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.Seamat Hari Ibu.....

systemic lupus erythematoses

hari ini seorang sahabt baru sahaja bertolak balik ke malaysia after around 3 weeks berada di wad suspencted due to autoimmune disease named( systemic lupus erythematoses) SLE.
apakah dia SLE ? SLE boleh ditafsirkan sebagai autoantibodi terhasil yang menyerang DNA, histones, nuclear protein and komponenlain nucleus of cell. biasanya mereka yang mempunyai HLA-DR2 atau DR3 mudah dijangkiti simtom ini. dan 2 drugs juga mampu menyebabkanSLE iaitu procainamide dan hydroalazine.
apakah clinivcal findg dia?
disebabkan oleh immune system yang mengaktifkan complement menyebabkabn dmg to the tissue.
treartment dia biasanya dr akan bg aspirin, nonsteroidal anti inflammatory drugs and cortecosteroid to suppress the self immunological response.

Thursday, May 7, 2009

suatu kesimpulan dalam roda kehidupan

bilamana aku melihat akan keadaan sahabat sahabat seperjuanganku yang sering mengeluh tentang dugaan yang menimpa diri mereka, timbullah perasaan bersyukur aku terhadap ilahi. masakan tidak, selama aku di india ini belum pernah rasanya aku ditimpa ujian kesihatan yang cukup membuatkan aku tidak dapat menghadiri kelas seperti biasa. sedangkan disana ada sahabt yang terpaksa ambik mc , terpaksa masuk hospital berulang ulang kali, diarrhea, kematian ayah dan terpaksa balik ke malaysia. sedangkan aku, diberi nikmat yang cukup sempurna. bersyukurkah aku gterhadap semua itu? betapa adilnya DIA dalam menetapkan sesuatu. dia memberikan kita suatu kemudharatan semata mata untuk menguji nilaian kita terhadap takdir. kita mampu mengeluh kerana kita hanyalah manusia yang lemah, tapi kita kena yakin disebalik semua yang terjadi pasti ada isi tersirat yang ingin diungkapkan oleh ilahi. hanya kita manusia yng tidak dapat mengerti akan semua yang terjadi.

kita mungkin tidak mampu untuk mendapatkan segala yng kita uingini namun percayalah setiap yang ditakdirkan itu penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan.

bak kata sesuatu yang kita inginkan itu mungkin tidak mendatangkan kebaikan pada kita sebenarnya sedangkan sesuatu yng kita benci itu mungkin itulah yang terbaik buat kita. segalanya bernaung di bawah iradah allah subhanahuwataala......

aku yang bernama dr amin

suatu ungkapan






dah lama ni



rasanya dah lama aku menyepi dari meng edirtkan blog aku ni. agak la sibuk minggu ni dari pbl microbiology yg ntah apa apa, test microb, test pharmac and then aku masih belum mencari lagi student mentor projek punya topik. to my group member, im really sorry la andai as a leader, i tak sempat nak planning apa apa. i really sibuk and cionfuse minggu ni lepas balik dari bangalore ( konvensyen). RASANYA I MEMANG ADA BANYAK SGT KERJA YANG I PERLU SELESAIKAN. . haha.



_______________________________________________________



kpp manggalore



boleh la aku ktakan ianya suatu yang cukup memberi suatu erti buat aku. dari situ aku dapat lebarkan lagi kenalan aku ke seluruh pelosok india. maklumlah perwakilan pelajar dari all 22 kolej di india datang berkumpul di bangalore. so aku dapat contact baru, senang skit kerja aku as ajk perhubungan iya. aha bab iya dan bangalore ni memang itu satu tujuan aku nak mengeratkan lagi antara iya manipal san sahabat sekitarnya. ini semua politik ni. malasla nak cerita disini. by the way 3 hari aku kat bangalore, apa aku buat yer?



program itu actually prgram kepimpinan pelajar dan bersama penubuhan persatuan pelajar malaysia seluruh india. aku sempat menyaksikan pemilihan dilakukan. ianya suatu yang cukup berprestij memandangkan for the first time konvensyen ini diadakan





studi



emmmm. blok exam agaknya dah dekat sangat , maybe around one month from now. watever kerja dah agak n=banyak dan sibuk la jugak. dah, memang sibuk sungguh sebenarnya. aku aja yang ntah apa apa. haha. \



politik



aku memang agak minat bab ppolitik ni. kalau melayari harakah dan suara keadilan memang berjam jjam. tapi tak lupa jugak untuk aku servey utusan dan the star. kira ambik jalan tengah. cerita terbaru bab kekecohan melanda persidangan dun di perak. bayangkan ada 2 mb, 2 speaker dan 2 persidangan yang dinamakan persidangan bawah pokok by pakatan rakyat dan persidangan bawah siling by barisan nasional. politik yang berlaku diperak sebenarnya memang mendebarkan . so baik sesapa yang minat nak ikut perkembangan baca aja news online. dan buatlah komen sendiri



motivasi



suatu andaian dalam hidup kita ini umpama kita bermain denagn sebuah mimpi. samada kita mimpikan suatu yang baik atau buruk hanya kita yang mampu merasainya. oleh itu tenanglah dalam perjalanan ini. mohonlah keredhaan dari allah agar segala yang kita lakukan akan diberkatinya..........................



aku yang bernama dr amin